BAGAIMANA BERMULA UNTUK MENULIS - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: BAGAIMANA BERMULA UNTUK MENULIS

Friday, September 6, 2019

BAGAIMANA BERMULA UNTUK MENULIS

Orang kata che kak garang, tegas, bekeng dan apa sahaja perkataan yang membawa maksud sedemikian.

Entah le. Che kak tak pandai nak atur ayat manis bergula. 

Che kak tahu, takde orang suka dan sayang kalau kita garang. Che kak tak gila nak garang tak bersebab. 

Che kak bukan seorang giler kerja walaupun kerja giler.

Che kak ikhlas memberi teguran kerana nak sama-sama belajar dan pandai. 

Semasa che kak bekerja di pejabat lama, che kak dipertanggungjawabkan mengurus isu-isu aduan pelanggan.

Setiap laporan yang rakan sekerja tulis, che kak akan semak sebelum di hantar untuk tatapan mantan Tuan Pengarah.

Walaupun 10 kali che kak semak dan selagi che kak rasa tak puas hati, selagi itu la kena betulkan laporan. 

Agak-agak orang suka ke kalau laporan asyik kena reject je seolah-olah macam orang tak pernah pergi sekolah.  

Tahu tak kenapa che kak cerewet sangat?

Dalam keadaan che kak duk beringat,  ada juga yang hantar laporan aduan ke mantan pengarah tanpa che kak semak.

Kenapa? Agaknya dia fed up sebab che kak suka tegur tegur tegur tegur tegur untuk baiki ejaan, ayat, bahasa, perenggan dan lain lagi.

Tahu apa yang terjadi? 

Hancur hati che kak. Kecewa. Frust. Sedih. Che kak tak marah. Bukan masa che kak nak marah selepas kena marah dengan pengarah.

Che kak akan memberi teguran dan peringatan sebelum terlanggar dinding. Kalau dah terlanggar, pandai-pandai la cari ubat sendiri.

Buat pertama kali, mantan pengarah call che kak. Berdebar tahap gaban apabila rakan sekerja cakap call dari pengarah.

Tahu tak apa ayat pertama keluar?

"Laporan ni laporan sampah! Saya nak buang dalam tong sampah! Macam ni nak bagi menteri baca!".

Allah je la yang tahu perasaan che kak pada masa tu. Tak tahu nak sorok kat mana muka ni walaupun tuan pengarah tak nampak pun muka kita.

Che kak hanya diam diam diam diam. Bukan stail che kak nak back up selepas kesalahan yang nyata lagi terang bersuluh. 

Sebelum meletakkan telefon, pengarah sempat bagitau "Saya tahu bukan awak yang tulis laporan ni. Tapi awak pengurus aduan. Kena bertanggungjawab. Pastikan staf tulis laporan yang berkualiti".

Cerewetnya che kak bukan minta untuk dipuji. Tapi nak pastikan agar pihak atasan puas hati. 

Bukanlah che kak nak maksudkan laporan yang che kak tulis tu, bagus. Biasa la kan, kalau kita jadi tukang semak, memang kita akan nampak kekurangan dan kesalahan laporan orang lain hatta satu titik pun kita nampak.

Sama juga sekarang ni. Che kak juga masih diberi tanggungjawab menulis laporan. 

Che kak tetap memerlukan boss untuk semak dan betulkan kesilapan dan kesalahan yang che kak tulis.

Bezanya, che kak suka dan sangat berterima kasih kepada boss atas teguran untuk membaiki lagi mutu menulis laporan.

Walaupun dah 17 tahun kerja JKM, che kak masih lagi belajar yang kadang kala ilmu takde dalam buku. Pengalaman adalah pengajaran yang sangat berguna.

Che kak tidak pernah membenci sesiapa sahaja yang memberi ilmu walaupun dia sangat menjengkelkan.

Mantan boss che kak pernah berkata pada che kak, "ayat bodoh, ayat darjah 6!"

Kerana ayat bodoh itulah che kak bangkit belajar menulis.

Nanti che kak cerita tentang air mata che kak jatuh kerana sekeping surat rasmi.😛

#sukabacalaporanoranglamadalamfaillama




No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com