BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN KEBERKATAN DALAM PERNIAGAAN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN KEBERKATAN DALAM PERNIAGAAN

Saturday, September 14, 2019

BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN KEBERKATAN DALAM PERNIAGAAN

Che kak selalu pesan pada klien che kak yang buat bisnes. Jangan tahu nak untung je sehingga mengabaikan keberkatan dalam bisnes.

Walaupun untung kecil tapi apabila kita jaga berkat, Insya Allah kita akan rasa senang dan cukup dengan hasil pendapatan bisnes.

Bagaimana nak dapatkan keberkatan dalam bisnes?

Jujur, amanah dan jaga kepercayaan.

Dapatkan  suntikan Typhoid untuk pengendali makanan dan minuman. 

Jaga kebersihan diri dan tempat penyediaan makanan. Pastikan kuku bersih. Jangan pakai barang kemas seperti cincin dan jam. Segala kuman ada kat barangan kemas dan jam yang kita pakai.

Che kak pernah melihat seorang pakcik sedang bungkus kuih. Jarinya penuh dengan cincin. Tangan kiri sedang memegang rokok. Ambil kuih dengan tangan dan masukkan dalam plastik untuk dibungkus.

Ya Tuhannnn. Pakcik, che kak tak kisah pakcik tak hensem. Kalau hensem pun, che kak tak sanggup nak makan kuih yang pakcik bungkus.

Kenapa tak guna penyepit kuih? Kenapa perlu merokok semasa bungkus makanan? Kenapa tak tanggalkan cincin dan aksesori?

Sehingga ke hari ini, che kak tak beli  kuih kat pakcik bukan sebab pakcik tak hensem. Bukan sebab che kak tak support dan kasihan. Tapi pakcik tak jaga etika penyediaan makanan.

Ingatlah! Walaupun pelanggan tak nampak apa yang kita buat semasa memasak, Allah nampak!

Walaupun pelanggan tak nampak jari kita tengah korek hidung, garu kepala, garu tempat gatal, tapi Allah nampak!

Walaupun pelanggan tak nampak makanan yang disediakan dalam keadaan tidak bersih, tapi Allah nampak!

Walaupun pelanggan tak nampak kita guna air paip yang tidak dimasak untuk bancuh air minuman, tapi Allah nampak!

Dalam penyediaan makanan juga selain kebersihan yang perlu diutamakan, kesucian makanan juga perlu dititiberatkan.

Bahan mentah yang digunakan mestilah bersumberkan halalan toyyiban. 

Contoh bahan mentah seperti ayam. Pastikan ayam yang disembelih dan dibasuh dengan bersih. 

Begitu juga dengan lain-lain bahan seperti rempah, kicap, sos, ajinomoto, sardin. Pastikan halal dan suci.

Allah nampak apa yang kita buat dan Allah yang akan beri keberkatan.

Apabila kita jaga keberkatan, untung sedikit tapi rasa sangat cukup. Berbanding dengan kita tak jaga berkat. Banyak untung maaaa tapi hati tarak senang maaa.




No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com