RESEPI SAMBAL TELUR REBUS YANG MUDAH DAN SEDAP - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: RESEPI SAMBAL TELUR REBUS YANG MUDAH DAN SEDAP

Friday, September 13, 2019

RESEPI SAMBAL TELUR REBUS YANG MUDAH DAN SEDAP

Uols masak sambal telur camne? Telur mata kerbau atau rebus?

Asal nama sambal telur, semuanya sedap kan. Tak kisah la goreng atau rebus.

Che kak nak cepat, jadi che kak rebus. Agak-agak dah masak, tutup api dapur. Sukatan masa, che kak hanya ikut gerak hati je. 

Selepas kupas kulit telur, che kak goreng sekejap untuk dapatkan garing sikit. 

Kalau tak nak goreng pun takpe. 

Untuk sambal, macam-macam versi dan resepi. Lagi lama kita tumis, lagi sedap. Kadang kala sampai berjam-jam untuk dapatkan sambal yang sedap.



Che kak masak sambal takde la lama sampai berjam-jam. Asalkan garing dan masak.

Zaman sekolah dulu, masa tinggal di asrama yang kena masak sendiri, che kak guna cili boh je nak masak sambal.

Lada kering direbus terlebih dahulu. Untuk sukatan, che kak guna gerak hati je nak rebus banyak mana lada kering.

Che kak suka guna lada kering yang besar. Tak pedas dan warna merah sambal sangat cantik.

Lagipun kita masak untuk anak-anak. Jadi tak boleh la sambal pedas.

Che kak masak sambal versi kering. Ada yang nak berkuah. Terpulang pada selera masing-masing.


Selepas rebus lada kering, toskan air dan buang biji.

Lada kering rebus, 4 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah diblender.

Panaskan minyak masak. Banyak pun takpe. Nanti sambal akan pecah minyak dan masak dengan cantik. 

Apabila dah siap masak, boleh buang lebihan minyak.

Tumiskan bahan blender tadi.

Che kak masukkan sekeping asam gelugur. 

Masukkan sedikit belacan dan gula melaka@gula merah@manisan.

Kacau sampai garing.

Masukkan bawang besar yang dihiris nipis-nipis dan bulat.

Apabila dah pecah minyak, garing dan warnanya cantik, masukkan sedikit garam dan gula. 

Kemudian masukkan telur rebus yang telah digoreng seketika.

Kacau sebati kasi sambal bersalut kat telur.

Kalau minyak banyak, buang je dengan perlahan-lahan. Takut telur tergolek jatuh.

Makan dengan nasi putih dan nasi lemak, memang sedap.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com