RAGAM DI KAUNTER - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: RAGAM DI KAUNTER

Saturday, September 21, 2019

RAGAM DI KAUNTER

Memang betul petugas kaunter kena sabar, sentiasa senyum dan berbudi bahasa apabila layan pelanggan yang berurusan di kaunter.

Macam-macam ragam pelanggan. Semua kena layan secara berhemah dan profesional. Orang mental pun kita layan. 

Walaupun "costumer is always right" , tapi che kak nak tegur juga pelanggan yang bersikap tidak wajar. 

Petugas kaunter juga adalah manusia biasa. Mereka juga ada hati dan perasaan. Kasihanilah mereka nak hadap macam-macam karenah pelanggan. 

Apabila che kak berurusan di kaunter pejabat lain, che kak jaga tatasusila che kak sebagai pelanggan. Malu kokram weiii kalau wat perangai kepala batu kita kat pejabat orang. 

Sekiranya kita nak bertanyakan sesuatu untuk merungkai kemusykilan kita, cuba tanya elok-elok. Jangan tanya dengan nada sindir. Jangan tanya macam nak bergaduh. 

Jangan tanya awal-awal lagi kalau tak nak buka pintu hati terima penerangan petugas kaunter. 

Apabila petugas kaunter memberi penerangan, cuba dengar dengan berlapang dada. Jangan rasa kita je yang betul. 

Teringat satu peristiwa che kak dengan seorang pelanggan. Sampai je kat kaunter, ayat pertama yang keluar, "Bakpo duit bantuan tak masuk lagi?" 

Apabila cek sistem, duit bantuan dah dikreditkan ke akaun pelanggan pada tarikh sekian-sekian. 

Pelanggan tetap menafikan itu adalah duit bantuan. Katanya duit pinjaman AIM. 

Che kak cek penyata akaun bank pelanggan. Dalam penyata pun dah terang lagi bersuluh ditulis duit bantuan sekian-sekian. 

Tak nak faham juga. Ayyoooo 😣😣 

Che kak senaraikan duit masuk dan keluar. Che kak jelaskan satu persatu apa yang tertulis dalam penyata akaun bank. Kasi pencerahan kepada pelanggan yang masih dalam kegelapan. 

Tu dioooo... Duit 'cocoh' melebihi duit pinjaman AIM. (Pinjaman RM9K. Duit keluar melebihi RM10K) 

Apabila duit yang dikeluarkan melebihi duit pinjaman AIM, jadi duit gapo yang tubik lebih tu? 

Sebenarnya pelanggan tak dapat terima hakikat bahawa duit AIM dah habis sekelip mata. Sedap je cucuk kat mesin ATM. Sedar-sedar je duit dah habis licin. 

 #ragamkaunter

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com