BAGAIMANA MENDAPAT KEBERKATAN PERKAHWINAN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: BAGAIMANA MENDAPAT KEBERKATAN PERKAHWINAN

Monday, September 2, 2019

BAGAIMANA MENDAPAT KEBERKATAN PERKAHWINAN

Masa che kak kahwin dulu, takde majlis yang gah. Kecil-kecilan aje. 

Masa tu, che kak baru 5 bulan kerja. Duit simpanan tak berapa nak ada. Dapat gaji RM1300 sebulan, che kak beli sikit-sikit barang hantaran. 

Kawan sekerja banyak tolong sediakan barang hantaran. Kak linda tolong gubah bunga hantaran.

Che kak tak buat loan personal dan che kak tak berhutang dengan sesiapa sahaja.

Barang hantaran pun yang murah dan takde brand. Ambil syarat letak atas par je.

Takde mak andam. Mak tiri che kak 'ngepek' juga sebab muka tak de seri solekan. Mak tiri che kak tenyeh foundation dan gincu dia aje.. Hahahaha..  Bibir che kak merah menyala ditenyeh gincunya.

Apabila Arman Rider tegur merahnyo lecu, terus che kak sapu bibir buang gincu. 😅

Bilik pengantin pun simple je. Takde hiasan ala-ala bilik raja. Nasib baik ayah cat baru juga bilik pengantin. 

Ada la juga sedara bising-bising sebab bilik takde hiasan. Sebenarnya che kak suka simple. Serabut butir mato tengok macam-macam hiasan bunga dan ropol.

Pelamin pun takde. Jadi takde la istilah pelamin anganku musnah. 😁

Takde tempahan cameraman dan outdoor shooting. Usahkan nak ambik gambar kat luar. Nak bergambar masa salam pun segan yak amat. Ambil gambar sekeping dua wat kenangan.

Baju pengantin hanya sepasang sahaja. Harga tak silap RM99.00. Pakai masa akad nikah sampai ke petang. Takde baju salin-salin. Baju akad nikah che kak simpan lagi sebab saiz S. 😆

Makan beradap pun takde. Pengantin lelaki makan je lauk bawah khemah. 

Che kak tak kisah dengan majlis kahwin yang simple. Che kak hanya nak kat pengantin  lelaki je. 😁

Che kak yakin dengan jodoh yang Allah tunjuk melalui solat istikharah. Mujur juga smart jetak di mata che kak. 😜

Walaupun Arman Rider tak pernah bagi hadiah bunga sebab alasan dia tak boleh buat makan, tapi dia akan belikan bunga yang berkilau lilit kat pergelangan tangan.

Walaupun dia tidak romantik, tapi dia buat semua kerja-kerja rumah dan uruskan anak-anak tanpa kekok.

Walaupun dia tidak kaya, tapi dia tidak kedekut nafkah. Tak pernah culas bagi nafkah. 

Walaupun kami selalu bergaduh  tapi ayatnya cukup win. "Abang relo panas pedal dengan awok daripada panas sore dalam bilik. 😝"

1 comment:

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com