KEMAS RUMAH UNTUK SIAPA? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KEMAS RUMAH UNTUK SIAPA?

Sunday, February 18, 2024

KEMAS RUMAH UNTUK SIAPA?

Hari ni che kak demam tak leh nak buat kerja apa. Semalam sempat la juga kemas rumah. Abang Ahyad tanya ada orang nak datang rumah ke? Oh anok, rutin hujung minggu umi kemas rumah. Baru 4 bulan duk kat Kedah dah lupa rutin umi. Bertuahnya anak.


Sempat juga bagi nasihat kebersihan dan kekemasan rumah kena jaga.

Kebetulan anak-anak tolong masak. Lega dah rasanya apabila sama-sama bantu ringankan beban. Sama-sama nak duduk dalam rumah, kan. Kena la sama-sama cakna. Kain baju pun dah selesai dilipat seminggu duk dalam raga.

Kemas sekodar sahaja untuk sedap mata memandang je. Tapi pelik juga la kan, time kita kemas takde tetamu nak datang. Time bersepah tu la ada tetamu berkunjung.


Mulalah control ayu jeling kat anak-anak takut nampak macam singa.

Mmmm terbau ikan goreng. Nasib baik semalam che kak dah lulurkan dengan garam kunyit. Ikan kerisi yang dibeli depan JPS Pasir Puteh segar je. Dah la murah. Dari nak beli sekilo dah berkilo-kilo beli. Penjual pun ramah mesra.

Berbalik kepada kunyit, che kak tak faham kenapa herba nenek moyang kita dikaitkan dengan elgibiti. Apa dosa kunyit? Kesian kunyit difitnah sebegitu rupa.

Eh demam ni kenapa tak pi klinik? Asal jumpa doktor je terus sihat walafiat. Tak tau nak cakap saya ni sakit apa bila bertentang mata.


No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com