UJIAN MEMBUATKAN KITA LEBIH BAHAGIA? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: UJIAN MEMBUATKAN KITA LEBIH BAHAGIA?

Thursday, February 29, 2024

UJIAN MEMBUATKAN KITA LEBIH BAHAGIA?

Rasa bahagia dengan diri dan hidup kita lahir dari hati kita sendiri. Kita berhak bahagia dengan cara kita. Jangan sesekali bandingkan hidup kita dengan orang lain.


Walau bahagia yang ditayang di medsoc belum tentu ianya gambaran keseluruhan hidupnya. 


Umpama gambar laksa penang. Nampak sedap dan menarik sehingga ianya menggiurkan sesiapa sahaja yang melihatnya. 


Tapi disebalik gambar itu ada kuah yang terlebih masin, terlupa telur rebus bahkan laksa itu  dah lama dalam peti ais. Nasib baik masih boleh dimakan lagi.



Haaa begitulah hidup kita ini. "Che kak untunglah dapat suami baik, anak-anak comel, kerja kerajaan, cukup bulan dapat gaji, boleh jalan sana sini". 


Nampak macam takde masalah dan cabaran dalam hidup che kak kan? Smooth je nampak kehidupan seharian che kak.


Che kak kongsi cerita yang manis-manis sahaja. Yang masam pahit busuk che kak simpan. Bukan semua kita perlu pamerkan. 


Menulis adalah satu kepuasan bagi che kak sebagai wadah untuk bercerita. 


Dari kecil juga che kak tak terlepas dengan ujian dan dugaan. Dah jumpa syaitan bertopengkan manusia. Namun biarlah ianya tersimpan sebagai rahsia selamanya.


Tahukah kalian bukan mudah budak kecil sakit jantung nak telan pelbagai jenis ubat setiap hari sehinggakan che kak pernah buang ubat tu kerana rasa jemu dan tak sanggup telan pahit ubat.


Bukan mudah juga nak realisasikan minat dalam sukan lumba lari. Hanya mampu berlari dalam diam sahaja sewaktu perjalanan ke tempat mengaji quran. Minat itu terkubur begitu sahaja apatah lagi pertambahan berat badan kini.


Bukan mudah juga che kak nak tepis perasaan menyesal dan rasa bersalah kerana pernah pukul orang sewaktu sekolah rendah dulu.


Che kak pantang di usik maka dua tangan dan dua kaki ini pasti akan menyinggah kat mana-mana bahagian tubuh si pengusik baik lelaki mahupun perempuan.


Bahkan ada yang bengkak tangan dan kaki, ada yang mc berminggu-minggu.


Siapa sangka budak kurus kering sakit jantung boleh gocoh dengan budak sekolah menengah yang berkali ganda besarnya.


Agaknya mereka kasihan sama che kak sebab tu tak balas kot.


Hanya mampu mohon kemaafan dari jauh walaupun telah melepasi zaman kanak-kanak. 


Kalau zaman sekarang dah tentu viral dan jadi kes polis. Ish ish tak dapat dibayangkan Pegawai Akhlak JKM buat laporan mahkamah bagi kes budak sekolah rendah bergaduh sehingga mendatangkan kecederaan.


Rezeki dalam pekerjaan juga bukan mudah laluannya. Usaha dan tawakkal sepenuhnya kepada Allah. Jangan sesekali putus harapan. Che kak juga hampir putus asa apabila seorang bakal mentua tolak mentah-mentah sebab che kak 'tak bekerja'. 


Tak pernah  che kak bayangkan akan bermalam di masjid gara-gara fitnah saudara yang busuk hati.  Ingat tak takut ke bermalam di masjid dengan sehelai sepinggang.


Che kak pernah bermimpi adik-adik che kak lemas. Mungkinkah itu petanda bahawa ma dan ayoh bercerai pada usia 42 tahun setelah lebih 20 tahun mereka berumahtangga gara-gara orang ketiga. 


Bukan tak berdamai dengan takdir tentang jodoh dan pertemuan. Tapi sakitnya kami adik beradik simpan. 


Kesibukan dengan tanggungjawab sebagai isteri, ibu, anak, pekerja membuatkan che kak tak mampu untuk memberi perhatian kepada kedua-duanya. 


Che kak fokus untuk jaga ma sebab ma tiada apa-apa setelah ditinggalkan tanpa sebarang sandaran. Ada adik mental juga membuatkan che kak pun rasa nak mental juga tapi hanya mampu bersabar sahaja. 


Nak cerita pasal laksa penang je tapi merapu pula tulisnya. Hehe. 



Kesimpulannya, laluan hidup setiap orang tak sama. Sentiasalah bersyukur dengan nikmat dan kurniaan yang kita ada. 


Jauhkan diri dengan orang yang membuatkan kita derita bukan bermaksud kita lebih baik daripadanya. Tapi jagalah hati dan perasaan sendiri terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com