SILATURRAHIM - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: SILATURRAHIM

Sunday, February 18, 2024

SILATURRAHIM

2 hari cuti kerana urusan keluarga. Lagipun seronok dapat berjumpa dan berkumpul bersama-sama. Bukan senang nak berjumpa kerana masing-masing ada komitmen. Yang pergi tetap pergi. Kita yang masih ada ni silaturrahim perlu dijaga.

Semasa cuti, nasib baik ada anak buah dan mantan penyelarasnya tolong siapkan beberapa tugasan segera oleh hq. Terima kasih banyak-banyak sebab tolong che kak. Hari ni dah masuk kerja sebab ada kerja.

Kepala ting tong. Layan lagu la sambil buat kerja untuk rasa segar dan bersemangat. Alaaa pasang kuat-kuat sendiri je yang dengar. Paling penting kena sarapan roti canai dan nescafe panas dulu. Baru segar biji mata.

Tapi tulah, buat macam-macam pun kalau dah biji mata tu mengantuk ubat dia adalah tidur. Lepas solat zohor, pejamkan mata kejap walau seminit dua.

Tok tok tok ... Ingatkan Wan Azniha yang ketuk pintu. Rupanya jejaka pujaan Malaya. Aduh malunya. Muka sleeping beauty takpelah lawa. Ni muka mak anak tujuh. Takdenya nak beauty beauty macam anak raja. Moralnya nak tidur, isi borang cuti balik rumah je la.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com