MEMORI KURUS - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: MEMORI KURUS

Sunday, February 18, 2024

MEMORI KURUS

 Awaatif: Aatif tok dei nok tengok umi kurus dulu.

Makcik kat taman: Betul ko ni bini abe long? Bakpo mulo kecik?


Jujurnya kata-katamu itu, nakkk. Pandai betul makcik di taman berkias sebagai pemula bicara dengan isteri abe long anok che him che ani.




Ku tersenyum kerana terkenangkan memori dulu walaupun hari ini tembikai dilayang punya pipi.
Ketahuilah wahai anak di sebalik tembamnya umi masa kini, dulu umi juga slim 44 kg.
Abi korang angkat umi berkuch kuch hota hai bagaikan rahul dan anjali.





Umi tiada daya lagi untuk diet dan kurus macam dulu lagi. Biarkan ianya menjadi sejarah zaman muda mudi.

Nak makan ubat diet kurus serta merta takut terkena sakit buang pinggang cuci seminggu 3 kali. Itu belum lagi derita ulang alik ke tandas yang tak sempat untuk ditahan lagi.
Umi nak bersenam 10 minit sehari pun rasa tak larat sebab ulang alik kerja setiap hari.

Hari ini umi nak cerita di sini sebagai memori setiap tahun di fb.

Di sebalik umi garang macam singa tercabut gigi, dulu umi manis ting ting cute ayu bersuara manja bagaikan puteri.

Di sebalik dulu umi tak pandai masak untuk makan malam mahupun tengahari, abilah yang sabar mengajar umi walaupun tak berbaloi dengan mas kahwin yang tinggi.

Disebalik bahagia dan romantisnya umi dan abi, terselit juga dugaan bagaikan ribut taufan gerhana bulan dan matahari.



Walaupun ribut melanda namun umi dan abi teguh berdiri demi kunci syurga suatu hari nanti.

Di sebalik sakitnya menanggung 9 bulan setiap 7 orang cahaya mata dalam rahim umi, ketahuilah umi sangat bahagia kerana anak-anaklah harta umi duniawi mahupun ukhrawi.

Umi tiada harta untuk diberi suatu hari nanti, hanya gaji setiap bulan untuk dikongsi rezeki.

Dalam menunggu hari mati, tiada impian setinggi langit yang umi dambakan terhadap anak-anak yang semakin dewasa ini.

Cukuplah sekalung doa anak-anak yang soleh dan solehah penyejuk hati dan tumpang kasih dari suami umi.

Jangan malu dengan umi yang gemuk dan tidak berpendidikan tinggi. Umi tidak terdaya untuk cantik dan slim macam artis walaupun hati tetap takut suami berpaling kepada wanita lain suatu hari nanti.

Umi nak jangok dan seksi tapi abi kamu yang tak bagi, takut terheret sama tanggung dosa isteri.

Apalah che kak duk melaluk ni macam mabuk termakan ubat tahan sakit campur durian basi.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com