MENGALIR AIR MATAKU - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: MENGALIR AIR MATAKU

Sunday, February 18, 2024

MENGALIR AIR MATAKU

Balik kerja tadi, seronok sangat bila sambal dah sampai. Beli masa live dapatlah harga murah. Lawan pula dengan ikan patin masak tempoyak oleh encik suami. Terima kasih.



Dua dua pedas. Hahaha. Berapi keluar air mata sebagaimana keluarnya air mata ku hari ini. Che kak tak leh tipu diri sendiri yang che kak sangat berkecil hati kerana hari ini tak sangka che kak jadi perosak program orang.

Lepas tu keluar pula air mata kerana sedar diri telah tua kerana abang Aiman jadi pemandu petang tadi. Walaupun sekadar pergi kedai Mr Diy Ketereh tu je, Ya Allah, anak aku dah dewasa. Bakal suami siapakah ini?



No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com