SERONOK KE BERCUTI KE NARATHIWAT? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: SERONOK KE BERCUTI KE NARATHIWAT?

Wednesday, February 28, 2024

SERONOK KE BERCUTI KE NARATHIWAT?

Rasa macam mimpi je dapat pergi ke Narathiwat. Merentas negara walaupun sebelah je😂. Masa buat border pass tu dia punya perasaan macam nak gi Mexico. 😆



Syukur sangat-sangat dapat suami yang sangat memahami dan beri keizinan untuk join aktiviti bersama kawan-kawan. Setakat ni suami che kak tak pernah menghalang kalau che kak nak healing atau me time. 



Nasib baik boleh buat border pass walaupun tempat kelahiran bukan di Kelantan. Asalkan alamat ic kita beralamat di Kelantan. Kalau tak melayang juga dua ratus kalau buat pasport. 


Sepuluh ringgit je  dan tempoh sah laku selama setahun. Gambar saiz pasport sepuluh ringgit juga. Berlatar belakang putih. Boleh pukul gambar kat pejabat imigresen juga. Ada disediakan perkhidmatan ambil gambar. Eh pukul gambar ke ambil gambar? 


Kalau nak cepat boleh buat border pass di Kompleks Imigresen Bukit Bunga, Tanah Merah. Tak sampai 15 minit pun dah siap. 


Semua urusan insurans dan sewa van tu diuruskan oleh kawan-kawan. Che kak bawa diri dan hulur duit je. Borang kebenaran ke luar negara pun kena isi juga dan dapatkan kelulusan dari Tuan Pengarah.


Masa nak cop border pass kat belah sana, ada kena isi borang kecil. Orang kata kena upah orang lain isi borang. Rupanya boleh je tulis sendiri sebab dah ada cara-cara isi borang kat papan kenyataan. Keratan borang tu jangan dibuang sebab pihak imigresen sana akan ambil semula. 










Walaupun pergi satu hari je tapi seronok juga la. Jalan-jalan cuci mata cuci duit sambil kenal tempat orang. Orang kata nak suasana. 


Singgah makan-makan kat pekan Golok. Sedap juga nasi khomok. Bukan tak biasa makan nasi khomok sebelum ni. Tapi nak rai suasana dan rasa masakan orang Thai original. Sedap juga.







Sebelum makan tukar duit RM200 dapat la 1500 baht. Duit sekeping nilai 1000, sekeping nilai 500. Rasa nak pengsan tengok  duit ribu. 


Masa nak bayar nasi, orang kedai tanya ada duit kecil tak? Che kak bagitau 2 keping ni je dia bagi duit masa tukar. Haha. Jujurnya che kak. 


Nasi khomok harga 40 baht air nescafe 15 baht. Macam mahal je 40 tapi kalau tukar nilai RM rasanya nasi tu harga rm5. Air mungkin harga rm2. Kiranya murah juga la.



Sepanjang perjalanan ke Summer Thon, rasa macam duk kat highway LPT😂. Saujana mata memandang. Tenang je. Menitik air liur bila tengok moto vespa duk lalu lalang depan mata. Weiii rasa nak wat balik sebutir. Letak dalam rumah wat hiasan😂. Petang-petang round dengan tok laki kat tepi tali air Kg Padang Lembek😝. (Kuat imaginasi)




Singgah makan tengahari kat Summer Thon. Tempatnya cantik juga. Menu pun sama je kat tempat kita. Menariknya sebab ada kapal terbang lalu atas kedai  sebab berdekatan dengan Narathiwat Airport. 

















Suasana pantai sekitarnya sangat cantik dan menarik. 



Lepas tu singgah Pania Nara. Bayar tiket 40 Baht. Tempat yang menarik untuk ambil gambar. Orang yang minat bergambar, berselfie boleh la. Che kak ambil juga la sekeping dua buat kenang kenangan walaupun asalnya tak tahu tujuan apa masuk dalam tu. 

























Masa singgah kat pantai, che kak rasa macam suasana  pasar malam kat pantai Penarik. Macam-macam ada.





Lepas tu pergi mana eh. Lupa dah. Oh ye singgah mall. Nama apa mall tu che kak dah lupa. Sekadar jalan-jalan je la. Kalau nak shopim rasa kat tempat kita pun ada.



Orang kata tak sah kalau tak singgah seven eleven. Haaa masing-masing macam ghost serang seven eleven. Haha. Takde orang azankan kat telinga masing-masing. Burger dia sedap. Air susu pun sedap. Che kak beli burger dan air susu je ole-ole untuk suami dan anak-anak. 



Oh ye, line telefon memang takde langsung. Awas, kalau pasangan kita biasanya online 24 jam, tiba-tiba hari tu takde line langsung😝.




No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com