KENAPA WAJIB BAGI NAFKAH WALAUPUN TELAH BERCERAI - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KENAPA WAJIB BAGI NAFKAH WALAUPUN TELAH BERCERAI

Wednesday, February 13, 2019

KENAPA WAJIB BAGI NAFKAH WALAUPUN TELAH BERCERAI


Apabila che kak melihat wajah anak-anak klien JKM, sayu je rasa hati. Simpati pada nasib mereka. Mereka bukan anak yatim. Masih mempunyai bapa. Walaupun ikatan suami isteri terputus dan terdapat gelaran bekas isteri dan bekas suami, namun tiada gelaran bekas bapa dan bekas anak. Maksudnya, hubungan anak dan bapa tidak akan terputus sampai bila-bila.

Apabila bercerai, jarang benar che kak dengar si bapa memberi nafkah kepada anak-anak. Terkontang kanting si ibu mencari rezeki untuk menyara anak-anak. Amat malang bagi si ibu sebelum bercerai hanya bergantung sepenuhnya kepada suami.

Persoalan jodoh hanya Allah saja yang tahu. Namun sebagai bapa, tanggungjawab terhadap anak tidak terhenti walaupun selepas bercerai. Tetap wajib memberi nafkah kepada anak-anak walaupun tinggal bersama dengan bekas isteri.

Hati che kak rasa pilu melihat si anak yang berusia 12 tahun yang akan menghadapi peperiksaan UPSR nanti, telah bersusah payah mencari rezeki di sekitar tempat pembuangan sampah bersama ibunya. Dah biasa sangat tak bawa duit saku ke sekolah. Dah biasa sangat menahan lapar sebab kehabisan makanan kat rumah termasuk beras.

Apabila che kak bertanyakan sama ada ayah ada bagi duit belanja dan katanya tak bagi duit belanja.

Tergamak si bapa melihat anak-anaknya bersekolah dengan tidak sempurna. Tiada baju sekolah baru, tiada buku, tiada duit saku. Bagaimana si anak nak belajar dengan sempurna sedangkan keperluan asas seperi makan minum pun tidak terjaga dengan baik.



 gambar ehsan google http://aceh.tribunnews.com


Baik si bapa yang kaya atau yang miskin, susah nak tengok si bapa memberi nafkah tanpa culas. Tak usah kalian berbangga dengan kelelakian anda, kalau kedekut nak beri nafkah anak.

Walaupun mahkamah boleh memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah anaknya jika enggan atau cuai, namun bekas isteri bukan tidak mahu membuat tuntutan nafkah tetapi malas nak buang masa dan duit untuk buat tuntutan.

Wahai kaum bapa, tahukah anda apa maksud NAFKAH? Adakah anda rasa rugi beri nafkah?  Adakah anda rasa jatuh msikin kalau bagi nafkah?

NAFKAH bermaksud keperluan asas manusia untuk hidup atau dikenali sebagai sara hidup. Tujuannya untuk meneruskan kehidupan. Keperluan asas iaitu makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan (ubat), keselamatan perlindungan dan kebajikan. Bil-bil utiliti pun termasuk dalam senarai nafkah.

Kenapa tanggungjawab memberi nafkah terletak pada bahu lelaki? Suami mempunyai tanggungjawab menanggung nafkah isteri, manakala sebagai bapa pula menanggung nafkah anak. Sekurang-kurangnya sehingga anak lelaki mencapai umur baligh atau 18 tahun dan anak perempuan sehingga berkahwin menurut mazhab Syafie dan Maliki.

Apabila anak lelaki berusia melebihi 18 tahun, sihat dan berupaya menyara diri sendiri, barulah tidak menjadi tanggungan ke atas si bapa. Tetapi sebaik-baiknya saralah anak sampai mereka dah habis belajar universiti.

Bertambah beban pada masa yang sama si ibu terpaksa menjaga anak OKU. Mana nak fikir cari duit lagi, mana nak fikir jaga anak-anak lagi, mengurus anak OKU lagi. Sekurang-kurangnya dengan adanya nafkah dari bekas suami, ringan beban si  ibu.

Apabila si bapa dah tua dan tidak mampu untuk bekerja lagi, baru terhegeh-hegeh nak cari dan mengaku anak. Apabila si anak tidak mahu membantu akibat ‘kecil hati’ dengan kelakuan si bapa, pandai pula kata anak derhaka. Walhal si bapa yang terlebih dahulu ‘derhaka’ kepada anak.

Pandai buat anak, tapi buat-buat tak pandai nak bagi nafkah anak. Bekas isteri tak sempat nak kaya pun dengan duit nafkah anak tu kalau bagi pun. Katanya JKM kan ada.... 



No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com