KENAPA PERLU MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KENAPA PERLU MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA

Friday, February 8, 2019

KENAPA PERLU MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA

Menutup aurat dengan sempurna bukan bermakna wanita itu suci tanpa dosa, bukan bermakna ahli syurga.


Gambar ehsan google


Tapi atas dasar mengikut perintah Allah. Allah yang suruh.

Konsep menutup aurat bukan tertakluk kepada pemakaian kain tudung sahaja. Bukan sekadar membungkus kepala sahaja.

Menutup aurat dengan sempurna, memang susah. Nak istiqamah perkara baik memang susah. Kena kuat semangat. Hati kena kental. Kena letak Allah kat 'depan' kita.

Dosa membuka aurat, bukan sahaja kita yang tanggung. Bapa dan suami juga akan terkena tempiasnya.

Walau apa pun che kak tertarik dengan kata- kata Mufti Pahang.

 “Jika kita bertemu dengannya, jangan marah atau mempersoalkan tindakannya (membuka tudung) sebaliknya, katakanlah Allah sayang kepada orang yang tutup aurat,”

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com