BAGAIMANA CARA UNTUK TAMBAH PENDAPATAN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: BAGAIMANA CARA UNTUK TAMBAH PENDAPATAN

Thursday, February 21, 2019

BAGAIMANA CARA UNTUK TAMBAH PENDAPATAN

POKET KOSONG KE? 
JANGAN FIKIR MASALAH, TAPI CARI JALAN SELESAI MASALAH

Ramai isteri yang memohon bantuan atas sebab pendapatan suami yang tidak menentu. Tidak salah memohon bantuan. Bahkan akan diberikan bantuan sekiranya layak mengikut syarat agensi.

Namun sampai bila bantuan kebajikan dapat membantu meringankan bebanan? Bilangan anak akan berpotensi bertambah sekiranya si ibu masih muda dan produktif untuk hamil. Maka bertambahlah kos perbelanjaan anak-anak. 

Tapi che kak tak suka kalau masyarakat kaitkan dengan bilangan anak merupakan faktor utama kemiskinan. Sebab pengalaman che kak dengan masyarakat, pasangan yang mempunyai anak seorang dua pun ramai juga tidak mampu nak sara anak. 

Apabila che kak tanya apakah usaha-usaha yang telah dilakukan untuk tambah pendapatan keluarga, selalunya che kak dapat jawapan "takdok duk wat gapo. Duk sajo jah, jago anok".

Ada juga yang membantu suami dengan menjual kuih muih, ambil upah menjahit dan bekerja di kedai makan. 

Ada juga isteri memohon sebab suami tak kerja, terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah, suami sakit. Takpe. Kami akan fikirkan jalan penyelesaian berdasarkan sumber-sumber yang ada.

Che kak tak berhajat nak cerita tentang dasar bantuan. Kalau cerita dan nak debat bab bantuan memang tak akan habis. 

Apa yang che kak nak tulis ni, carilah peluang dan ruang untuk tambah pendapatan dengan berniaga. Beniaga depan rumah je pun boleh. Tak perlu nak ke luar negeri.

Takde modal? Apabila sebut berniaga, mesti terbayangkan modal yang besar. Helloooo, nak wat bisnes import eksport ke yang nak guna modal besar sangat tu.

Wahai adik kakak abang makcik sekalian. Che kak nak tanya.

Pandai masak nasi dan gulai ayam atau gulai ikan? Atau pandai masak nasi lemak?

Kat Kelantan ni, sarapan paling popular dan laris ialah nasi gulai ayam dan gulai ikan aya (ikan tongkol).

Cubalah masak untuk seekor ayam dulu dan jual pada waktu pagi yang mulia. Ramai budak sekolah, pekerja, surirumah pun akan beli nasi untuk sarapan.

Nak jual biarlah harga berpatutan. Harga standard nasi berlauk pagi ialah RM2.50 hingga RM3.00. Kalau jual RM6.00 jangan salahkan Tuhan tak bagi rezeki kat hangpa. 

Nasi kerabu pun che kak tengok ramai je yang jual RM3.00 sebungkus. 

Menu ni antara contoh. Banyak lagi makanan yang boleh dijadikan perniagaan.

Apaaa.. Tak nak jual sebab ramai dah jual? Che kak lagi suka kalau ramai yang jual. Sebab apabila ada persaingan, pelanggan ada pilihan nak beli yang mana lebih sedap dan harga munasabah. 

Apabila ada persaingan, barulah peniaga akan fikirkan strategi untuk melariskan jualannya. Tapi jangan sesekali guna cara kotor hokeyyy.. Sihir-sihir ni tak mau. Dosa besar!

Takde tempat nak jual? Kenapa? Dah habis tanah kat muka bumi ni ke sampai dah tak ada tempat nak jual. 

Ada je che kak tengok peniaga buat delivery. Buat permulaan, pergi la edar pamplet dan sample makanan. Jangan la duk tercongok tunggu orang datang nak order. Korang bukannya artis. Artis pun pandai jual nasi lemak untuk tambah pendapatan. Hangpa orang biasa-biasa je nak maluuuu apee...

Lagi  duk fikir itu masalah, ini masalah, sampai bila masalah tak akan selesai.

Malu kena letak ke tepi. Duk malu-malu duit masuk dalam poket, bro?

Kalau ada duit modal, jangan sesekali terguna untuk beli benda lain. Kalau dah terguna, tak dapat den nak nolong. 

Lain hari, che kak tulis bisnes lain pula. Bisnes yang tak perlu modal besar. Tapi bukan MLM deh. Yang ni che kak tak pandai. 

Paling penting sekali, setkan MINDA anda dahulu. Penuhkan minda adik kakak abang sekalian dengan mencari ruang dan peluang. Jangan tahu mengeluh aje. Fikir nak penuhkan poket untuk sara hidup. 

Kalau nak buat bisnes untuk kaya dan nak gi melancong, itu kena tanya orang lain.










No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com