AKU HANYA RAKYAT MARHAIN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: AKU HANYA RAKYAT MARHAIN

Saturday, February 16, 2019

AKU HANYA RAKYAT MARHAIN

Apabila che kak nak bersuara tentang politik dan kepimpinan menteri memang che kak takut. Bukan takut kena terajang sampai ke Sabah. Tapi che kak takut hati che kak yang macam tisu. Mudah koyak.

Kena jentik sedikit, dah moyok macam mati laki. Sape yang rapat dengan che kak, tahu la macam mana lembutnya tisu hati che kak.

Tapi che kak nak tulis juga. Rasa terbuku je kalau tak tulis. Apa yang che kak nak tulis ni hanyalah pandangan peribadi sahaja sebagai rakyat marhain.

Che kak adalah penjawat awam yang sentiasa berpegang kepada motto SAYA YANG MENURUT PERINTAH (SYMP) dan kini tukar Saya Yang Menjalankan Amanah (SYMA).  

Che kak cuba sedaya upaya melaksanakan dasar-dasar kerajaan walaupun berlainan prinsip. 

Che kak juga rakyat biasa yang meniti kehidupan seharian.  Pergi kerja dan balik kerja. Balik kerja fikir hal rumahtangga pula. Asal anak-anak tak lapar dan cukup keperluan mereka sebagai anak dan pelajar sekolah. 

Sementara menunggu nyawa dijemput Allah ke negara kekal abadi yang kita tak dapat bayangkan dengan akal fikiran. Walaupun dalam Al Quran dah cerita macamana rupa azab kubur, hari kiamat, hari pembalasan, syurga dan neraka.

Sementara nyawa masih ada, che kak sedang berusaha menjalankan kewajipan sebagai hamba Allah. Nak mati dalam redha Allah. Jawatan che kak banyak. Jawatan sebagai hamba Allah, umat Muhammad, isteri kepada Arman, ibu kepada 7A, kakak sulung, ibubapa, keluarga, pekerja, jiran, kawan dan macam-macam lagi la jawatan yang kita ada atas muka bumi ni.

Che kak bukan ahli atau ada sebarang jawatan mana-mana parti politik. Hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi sahaja. Che kak pangkah calon yang mana, hanya Allah saje yang tahu.  Pilihan calon che kak dah tentu yang bekerja untuk rakyat, agama dan negara. Kenapa? Ini kerana YB terpilih adalah dari rakyat untuk rakyat. 

Kenapa sebelum menjadi wakil rakyat, boleh je ahli politik menjadi seorang pendengar yang baik. Konon bajet nak tolong selesai masalah rakyat. 

Tetapi setelah berjaya menjadi wakil rakyat dan menteri, tiba-tiba aje telinga menjadi tersumbat. Tak dengar apa masalah rakyat dan paling mengecewakan tiada usaha untuk menyelesaikan masalah rakyat. 

Rakus menggunakan kuasa untuk kepentingan politik masing-masing. Apakah tujuan kalian menjadi YB sebenarnya?

Rakyat bertungkus lumus belajar untuk masa depan iaitu untuk mendapat jaminan pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan. Dapat kerja hasil usaha sendiri. Yang mana pakai kabel, che kak tak nak komen sebab che kak tak pernah jumpa dan tak pernah tahu mana-mana individu yang dikatakan guna kabel. 

Tapi sekarang ni senang aje nak tuduh seseorang. Tuduh je dulu, lepas tu yang kena tuduh, pandai-pandai la cari bukti untuk membuktikan diri tidak bersalah.

Islam ajar kalau nak tuduh seseorang pastikan ada bukti dan saksi. Takde bukti dan saksi, tak boleh tuduh sebarangan. Ada hukuman khusus untuk saksi dan tuduhan palsu. 

Isu kemiskinan adalah isu globalisasi. Tak boleh dihapuskan walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk banteras kemiskinan. Che kak percaya, tiada mana-mana negara yang kesemua rakyatnya kaya raya. 

Ada rakyat yang produktif dan tidak produktif. Rakyat yang produktif pula ada yang boleh berdikari dengan usaha sendiri. Ada yang perlu dibantu dengan pelbagai cara seperti khidmat nasihat dan modal. Bukan semua rakyat pandai berniaga. 

Antara rakyat yang tidak produktif seperti warga emas dan pesakit yang tidak mampu bekerja lagi. Perlu bergantung sepenuhnya kepada bantuan.

Sebagai orang yang berkuasa, gunakanlah kuasa sebaik-baiknya untuk menyediakan apa sahaja keperluan rakyat. Ciptalah dasar- dasar yang sesuai untuk rakyat. Lihatlah masalah dan apa keperluan rakyat. 

Keperluan rakyat mudah je. Rakyat nak ada sumber pendapatan tetap, sumber infrastruktur yang selesa, ada tempat tinggal yang selesa, ada duit untuk beli barang keperluan harian. Tak mewah pun takpe asal keperluan asas tersedia dengan baik.

Che kak percaya, naiknya parti politik PH menjadi kerajaan persekutuan adalah kerana rakyat kecewa dengan kerajaan Najib dan isterinya. Nak balas dendam pada DSN dan isterinya. Bukan kerana rakyat suka dengan parti PH.

Ambillah ikhtibar dari kejatuhan sebuah kerajaan dari parti keramat. Inikan pula kita dari parti yang baru di beri mandat. Tambatlah hati rakyat. Pasti rakyat akan sayang yang teramat.

Apabila menjadi sebuah kerajaan, adalah ibarat seorang lelaki yang ingin membina keluarga. Wajiblah ianya menyediakan segala keperluan mengikut acuan kewangan tanpa mengorbankan isteri dan anaknya.

Contoh si suami takde duit nak beli beras. Wajarkah ia beritahu wahai isteri dan anak, tak perlulah beli beras sebab takde duit. Siap minta dengan isteri sumbangan duit. Tetapi tak beli juga beras. Apabila isteri tanya mana beras? Duit untuk beli beras, ke mana perginya? Persoalan yang tidak terjawab.

Hiasan sahaja. Tiada kena mengena dengan entry

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com