BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBANTU OKU JANA PENDAPATAN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBANTU OKU JANA PENDAPATAN

Friday, February 22, 2019

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBANTU OKU JANA PENDAPATAN

Pengalaman selama 4 tahun sebagai Penyelaras Unit OKU amat berharga dalam kerjaya che kak. Antara peranan dan tanggungjawab yang perlu diberi perhatian ialah menyelaras PDK. 

PDK adalah pusat pemulihan  untuk warga OKU yang diuruskan oleh pihak komuniti setempat dengan menggunakan geran JKM. Kebanyakan pelatih adalah OKU kategori Masalah Pembelajaran. Ada juga OKU kategori lain. Takde syarat khusus untuk pelatih OKU masuk PDK. Ada pelbagai tahap keupayaan mereka. Pemulihan setiap pelatih OKU juga berbeza mengikut tahap keupayaan mereka. 

Che kak tabik spring pada penyelia dan petugas PDK. Walaupun berjawatan sukarela secara kontrak, namun mereka seperti pendidik di sekolah pendidikan khas. Sijil mereka hanyalah sekeping hati yang sabar dan ikhlas dalam melayani anak-anak OKU.

Apa tugas che kak sebagai Penyelaras? Takde apa-apa yang che kak buat. Hanya tahu tegur, marah, tegas, garang pada penyelia dan petugas. Che kak sayang dan kasih pada mereka. Sebab itu che kak garang. Che kak tak kisah kalau mereka tak suka dan benci pada che kak. 

Che kak nak simpan kenangan che kak bersama PDK dalam tulisan kali ini. 

Satu kejayaan moral bagi kami apabila ada OKU berjaya menjana pendapatan sendiri. Tidak kira sama ada kerja bermajikan atau kerja sendiri. Bukan mudah untuk latih mereka dalam pekerjaan. Sekiranya mereka mampu membuat kerja, mereka akan bekerja lebih baik daripada orang normal. PERCAYALAH!

Antara salah satu program yang sempat che kak buat bersama ialah melaksanakan projek EEP. Tercabar juga rasanya nak laksanakan projek tersebut. Ilmu takde. Pengalaman pun takde. Apa yang ada ialah semangat dan kerjasama. 

Pada awalnya, kami dapat bajet untuk buat projek jahitan. Tapi tak berjaya. Bukan tak berjaya tapi tak dilaksanakan. Pelatih OKU tiada yang mampu nak menjahit walaupun dah diajar. Che kak sebagai orang normal pun tak pandai nak menjahit.

Sayang juga bajet yang kami dapat kalau tak digunakan dengan sebaik mungkin. Che kak tak nak bajet tersebut jadi projek gajah putih. Tetapi che kak tak berani nak guna bajet untuk buat projek lain. 

Ibarat orang bagi duit suruh beli nasi kerabu, tapi engko bantai beli nasi lemak. Che kak pantang orang tak beramanah. 

Okey berbalik kepada projek EEP tadi. 

Apabila dapat khidmat nasihat dari pegawai atasan, kami buat kertas kerja untuk mohon tukar skop projek. Tujuannya adalah untuk menghalalkan bajet sedia ada. Ibarat kau minta izin nak beli nasi lemak. Tak nak beli nasi kerabu.

Nak buat kertas kerja pun tercabar juga. Tiada sebarang pengalaman. Alhamdulillah siap juga kerta kerja dan diluluskan oleh JKM Putrajaya. Buat sehabis baik kertas kerja. Biar kita rasa puas hati dan orang yang membaca juga rasa puas hati. Kertas kerja pun che kak tengok contoh daripada PDK negeri lain juga. PDK yang berjaya dengan projek EEP. Bukan tiru tetapi tiruvasi. Hehe.

Maka, bermulalah warga PDK termasuk pelatih OKU melaksanakan projek masing-masing. Ada yang buat tanaman cendawan tiram, frozen food dan perkhidmatan dobi. 

Walaupun modal free, tapi che kak tak nak modal disia-siakan. Jangan ambil mudah dengan modal free yang orang bagi kat kita. Manfaatkan sebaik-baiknya. Beramanahlah. Tak berjaya takpe tapi usahalah dengan sebaik mungkin.

Semasa che kak tinggalkan unit OKU, projek EEP tu baru nampak anak pokok. Sekarang ni che kak tak sempat lagi nak tanya khabar dari dekat. Hanya mampu doa dari jauh. Semoga projek berjaya demi anak-anak OKU PDK. Tujuan utama supaya dapat tambah pendapatan mereka tanpa keluar dari komuniti mereka.

Salam sayang dari che kak.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com