WAJARKAH SEORANG IBU MEMBURUKKAN ANAKNYA - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: WAJARKAH SEORANG IBU MEMBURUKKAN ANAKNYA

Tuesday, May 10, 2022

WAJARKAH SEORANG IBU MEMBURUKKAN ANAKNYA

Pada suatu hari, (kisah ni dah 19 tahun yang lalu) che kak  berbual dengan seorang ibu. Kan main wei dia duk ngutuk mengata anaknya.🤦


Dalam hati che kak, jahat sangat ke anaknya?


Mana anak makcik? 

Gi kerja.


Kerja apa? 

Kerja kilang.


Che kak tanya, sape bayar bil elektrik dan air? 

Dia jawab anaknya.


Che kak tanya lagi, sape beli barang dapur? 

Dia jawab anaknya.


Che kak tanya, sape angkat tong gas ni kalau gas dah habis?

Dia jawab anaknya.


Che kak tanya lagi, sape bawa makcik ke klinik kalau sakit? 

Dia jawab anaknya.


Che kak tanya sape bayar sewa rumah ni? 

Dia jawab anaknya.


🤔🤔🤔🤔🤔🤔🤔


Makcik, kalaulah si anak dengar makcik duk ngata dia, tentu hatinya sangat hancur berkecai.


Makcik, walaupun jasa makcik sebagai ibu kandung tak mampu di balas dengan harta segunung seluas lautan sekalipun, namun sebagai anak, dia dah berusaha menjaga makcik sebaiknya-baiknya.


Mungkin makcik ada kecil hati dengan anak makcik yang menyebabkan makcik  mengutuk dia depan che kak. 


Atau makcik takut bantuan tak lulus sebab anak dah membantu sara makcik.


Makcik, bersyukurlah anak makcik dah sangat baik terhadap makcik.


Cuba makcik tengok dunia luar dengan mata hati.


Berapa ramai orang tua ditempatkan di rumah orang tua sebab anak tak nak jaga.


Berapa ramai orang tua yang rindukan suara anak cucu sebab anak menantu tak balik kampung langsung.


Berapa ramai orang tua tiada anak di dunia ini.


Berapa ramai orang tua habiskan sisa-sisa hidup dengan anak yang sakit terlantar.


Berapa ramai orang tua hidup dalam kesedihan kerana anak terlibat dengan dadah, jenayah.


Berapa ramai orang tua yang di dera mental dan fizikal oleh anaknya.


Makcik, walau apa jua makcik nampak salah silap anak, ingatlah takde anak pun nak jadi anak makcik yang memburukkan anak sendiri.


Kalau anak diberi pilihan , nak ke dia jadi anak makcik? Baik dia mimpi jadi anak raja.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com