MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MASJID MUKIM LATA REK - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MASJID MUKIM LATA REK

Thursday, May 5, 2022

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MASJID MUKIM LATA REK

 Ralit nau raya, lupa  hari ni orang dah mula bekerja. Che kak masih bercuti. Sebab utama bercuti, malas nak hadap jem gi kerja.

Encik suami ajak gi beraya kat rumah Pok Mudo Ghoni. Bff Abi Tok ni dah macam family sendiri.  

Pok Mudo bagitau ada majlis hari raya kat Masjid Lata Rek. Apa lagi jommm.

Sampai kat masjid, wah meriahnya. Macam-macam menu ada. Che kak sempat berseloroh dengan  tok imam macam pengantin sebab lengkap berbaju melayu pink dan bersampin.🤭

Che kak ambil sikit je nasi dan gulai kawah. Takut gulai tu rasa manis. Standard masakan Kelantan mesti manis-manis. Kalau ambil banyak takut  tak habis pula.  Nanti jadi saudara syaitan pula.

Tapi kan sedap la pulakkk gulai kawah. Nyesal ambik sikit🤪😍😂.  Memang kena dengan selera che kak. Tapi segan la pula nak pi tambah🤪.

Kalau ada hidangan ala bufet macam ni,, jangan tamak. Ambil ikut kemampuan boleh habiskan ke tak. Ambil banyak-banyak lepas tu jadi saudara syaitonnirojim🙄.

Lepas tu bila ada orang lain yang tak sempat menjamu selera, dah jadi fitnah kat tuan rumah kononnya tuan rumah masak sikit je. Sedangkan saudara syaitan tu ramai.

Balik rumah nampak adik ipar bongsu comot. Ni mesti tangkap @ ngail ikan kat sungai tepi rumah mentua. Suka benar dia dengan aktiviti ngail ikan ni. Che kak juga yang untung nanti tumpang rezeki makan ikan haruan🤭. 

Malam-malam sikit che kak sambung pula ye. (Koya la nulis pun supo la kito ni  ado peminat🤪🤭). Tulis untuk kepuasan sendiri dan sebagai kenangan suatu hari nanti je gais🥰.

Coretan 4 Syawal 1443H. (5.5.2022)





No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com