SABAR DALAM BERIBADAH, TINGGALKAN MAKSIAT DAN MUSIBAH - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: SABAR DALAM BERIBADAH, TINGGALKAN MAKSIAT DAN MUSIBAH

Monday, May 9, 2022

SABAR DALAM BERIBADAH, TINGGALKAN MAKSIAT DAN MUSIBAH

 Uols dah kerja ke? Lepas bercuti lama ni, dah start masuk gear 5 ke?🤭

Hari ni che kak dah kerja. Tadi singgah nak isi minyak kereta, tapi banyak kon je tanda minyak habis.

Baru berangan nak keluar masuk kampung pagi ni nak gi lawatan ke rumah untuk kajisemula bantuan.Tapi terpaksa la batalkan niat. Tak pasal la 'kete mapuh' tengah jalan sebab abes minyak😅🤪. Baik duk diam-diam je dulu kat opis.

Takpe lah, kita call dulu la sekadar ambil maklumat awal. Tapi jenuh redial tapi tak berangkat juga🤦. Depa raya lagi kaaa atau tido rayaa.

Pagi tadi sempat la dengar tazkirah dalam radio manis fm. Sabar. Ye apabila kita sebut sabar, mesti kita bayangkan sabar dalam ujian je.

Rupanya sabar dalam membuat ibadah, sabar tinggalkan maksiat dan sabar dalam ujian.

Nak buat ibadah pun kena sabar. Berat juga nak beribadah. Contoh, lepas solat wajib, sabar buat solat sunat, sabar dengar kuliah dalam masjid, bukannya lepas solat terus angkat kaki, cepat-cepat keluar dari masjid. 

Sabar dalam meninggalkan maksiat. Nak buat jahat senang je kot. Sebab tu kena sabar banyak-banyak kalau ada terfikir nak buat maksiat. Contoh kalau nak mencuri ke apa ke, sabarrrr.

Sabar dalam musibah ni ramai yang tahu dan faham. Contoh masa kita hadapi pkp akibat covid-19. Betapa ramai yang kehilangan pekerjaan, ahli keluarga, struggle nak teruskan kelangsungan hidup.

Semoga kita jadi orang yang sentiasa bersyukur dan sabar. Ibarat pokok yang berbuah. Walaupun orang lempar batu, tapi kita bagi buah.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com