KENANGAN AIDILFITRI 1 SYAWAL 1443H SELEPAS 2 TAHUN PKP - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KENANGAN AIDILFITRI 1 SYAWAL 1443H SELEPAS 2 TAHUN PKP

Thursday, May 5, 2022

KENANGAN AIDILFITRI 1 SYAWAL 1443H SELEPAS 2 TAHUN PKP

 Alhamdulillah kenyang.

Makan nasi lauk ayam goreng kunyit cicah budu, tomato wat ulam.

Oooo sedap sedap. Jarum timbang sah sah akan bergerak ke kanan balik.🤪

Tadi makan macam-macam kat rumah ma. Tumpang rezeki orang beraya. Nasi minyak, gulai daging, ayam masak merah, sate kuah kacang, nasi himpit, ketupat, rendang special, biskut raya. Erkkk alhamdulillah.

Nasib baik ada chef-chef kat rumah ma. Kalau harap kat che kak yang masak, memang tak de menu raya la jawabnya,🤪.

Kat rumah mentua pun nasib baik ada chef juga. Adik ipar che kak semuanya pandai masak. Che kak memang jadi mati kutu bab masak kalau bukan dapur che kak sendiri. 

Dapur sendiri pun dah ada tanda-tanda bakal chef tersohor nanti. Tengah asuh la ni untuk kesenangan masa depan che kak🤪.

Selepas beraya dengan mentua dan ipar duai, terus ke rumah ma pula.  Pening kepala duk hadap jem.

Petang ni malas pula nak g jalan-jalan raya. Dia punye jem tu, tak sanggup wei. So, duk kat rumah je dulu. Layan mata dulu.😂

Rai la raya dengan penuh kesyukuran walau apa jua kekurangan yang ada. 

Gambar ootd takde lagi sebab semuanya dalam telefon adik ipar😂. Sabar naaa nanti depa wasap.🤭

Updated: dah ada gambar raya😍😍

Sekadar coretan pada hari raya 1 Syawal 1443H


















No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com