CUBAAN BUNUH DIRI PERLU DIBANTU ATAU DIHUKUM? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: CUBAAN BUNUH DIRI PERLU DIBANTU ATAU DIHUKUM?

Friday, May 6, 2022

CUBAAN BUNUH DIRI PERLU DIBANTU ATAU DIHUKUM?

Beberapa bulan yang lalu, ada la tengok citer kat astro kisah remaja jadi hantu sebab bunuh diri. Walaupun citer je tapi banyak lak soalan-soalan Awaatif. Jenuh otak nak perah jawapan. 

Walaupun hanya budak yang tanya, che kak sedaya upaya bagi jawapan yang betul bukan kelentong punye jawapan. 

Kenapa bunuh diri? Tak dosa ke bunuh diri? Boleh ke bunuh diri? Takde kawan ke tolong dia jangan bunuh diri? Bunuh diri boleh jadi hantu ke?  Kalau nak bunuh diri kena terjun bangunan ke? Banyak lagi la soalannya. 

Dalam kisah ni, remaja yang bunuh diri tu tak tahan sebab kena buli dan didera secara mental dan fizikal dengan budak asrama. Ada kawan baik tapi takut nak tolong. Keluarga broken lagi la menambah derita si budak bunuh diri ni.

Jadi hantu sebab nak balas dendam standard la citer seram. Kalau tak buat macam tu, tak jadi filem pula kan.

Setahu che kak cubaan bunuh diri ini adalah satu jenayah di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan. Tak sure pula sekarang ni dah di mansuhkan ke tak seksyen tersebut.

Sejujurnya che kak tak setuju cubaan bunuh diri ni dianggap sebagai jenayah.  Jangan kata orang yang cuba bunuh diri ini tiada iman, tidak beragama.

Teringat seorang kenalan che kak. Warak orangnya. Menutup aurat dengan sempurna. Rajin beramal ibadah, solat tak tinggal kecuali waktu 'uzur'.

Tekanan perasaan yang dialaminya menyebabkan dia telan ubat overdose. Nasib baik cepat diselamatkan. Syukur masih panjang umur dan dia dah bertaubat. 

Dia tertekan kerana di dera secara mental oleh mentuanya. Dia tak mampu nak cerita pada orang sebab perwatakan mentuanya yang baik dan warak. Pastilah orang takkan percaya pada kata-katanya.

Nasib baik suaminya sangat memahami dan memberi sokongan untuk pemulihan emosinya. Kini che kak tengok dia bahagia dengan kehidupannya bersama anak-anak dan suami seolah-olah tiada derita lagi.

Tapi bukan mudah untuk dia pulih dari tekanan emosinya.  Berbelas tahun untuk pulih dan memerlukan kekuatan yang bukan sedikit. 

Apa yang che kak nak maksudkan, individu yang cuba bunuh diri perlu dipulihkan bukan dihukum. Wallahu a'lam.




No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com