BERTANDANG SEMPENA HARI RAYA - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: BERTANDANG SEMPENA HARI RAYA

Thursday, May 5, 2022

BERTANDANG SEMPENA HARI RAYA

Pagi-pagi lagi suami ajak keluar beraya ke rumah che (nendanya) di Pasir Mas.

Rindu benar kat nendanya😁.

Nak gi semalam, tak sanggup nak hadap jem.

Keluar awal pagi dan lalu ikut jalan kampung dapat la elak jem.

Che kata ayoh ngoh masak ikan aya gulai kuning. Fuyyooo terus terbayang sedap dan lazat gulai tersebut. Sebab che kak pernah makan hasil air tangan ayoh ngoh. Apa lagi, che kak tak lepaskan peluang. Fuhh memang sedap bak hang.

Lepas tu gi beraya rumah mak sedara suami. Mak sedara kesayangan. Banyak jasanya masa che kak duk di Pasir Mas sebelum ni.

Next... Gi beraya pula kat rumah adik bongsu di Tumpat. Jem ooo.

Kenyang makan sup kaki dan urat keting😋. Tak sempat juga nak ber ootd dengan adik beradik. Last bergambar bersama masa masing-masing slim melim. Loni eh masing-masing berat mata memandang🥱.

Next.. Makan nasi dagang kat rumah  keluarga biras di KB. Alhamdulillah walaupun tiada talian darah, tapi rasa macam keluarga sendiri je. Seronok berbual-bual dengan ma Che Wan. Peramah, tak sombong dan suka raikan tetamu.

Dah kenyang, jom balik. Kenyang makan jem pula.🤪

Adik suami sempat juga bertandang ke rumah. Nasib baik ada mainan eco. Dapat la anak-anak saudara bermain sepuasnya.

Selesai solat maghrib tadi, suami masak mi kuah pula. Yummyyy. Dah sebulan suami tak masak sebab sibuk dengan aktiviti dan program masjid sepanjang ramadhan yang lalu.

Perut sebu sebab makan banyak.🤪 Minum aloe vera la dulu.

Hadoiii raya sebulan ni, nampak gaya alat timbang ke kanan mendadak la wei.🤪

Coretan 2 Syawal 1443H. (3.5.2022)





No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com