RAI TETAMU - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: RAI TETAMU

Friday, May 6, 2022

RAI TETAMU

 Sementara menanti mata jenero, che kak tulis la dulu kisah hari ini.  Rasa rugi pula kalau tak tulis. Tapi pelik kan, kalau arman rider nak baca masa tengah menulis (menulis ke menaip?🤔) ni, rasa malu yak amat. 

Kalau nak baca, nanti baca je kat wall che kak😂. Nak komen ke, tegur ke atau suruh delete ke, baca je kat situ. Jangan kacau che kak masa menulis ni🤭.

Pagi tadi pergi pasar tani di Laloh. Awal sangat kot pergi sebab ramai lagi peniaga belum memulakan jualan🤭.

Tak ada apa yang nak dibeli sekadar cuci mata je. Lagipun boleh hancurkan lemak menu raya kalau jalan-jalan pusing pasar tani🤪.

Masa nak balik, ternampak orang jual radio klasik. Radio baru tapi corak retro/ vintage. Berkenan la pula dengan radio patern lama tu. Ada kastemer terus beli sebuah radio. Harga seratus lebih. Katanya dia minat barang lama. Nak pergi pasar karat, tak tahu bila. So, dia beli dulu wat sedap mata memandang letak atas almari.😍. Bila tengok kereta dia pun dah tahu dia ni suka antik dan orang banyak duit.🤭




Balik dari pasar tani, makan nasi dagang. Haa sape tau penyanyi yang nyanyi lagu nasi dagang🙋.

Lepas solat Jumaat, pergi beraya ke rumah kawan sape sebenarnya pun che kak tak tau la. Nak kata kawan abi tok, muda sangat orangnya. Tapi semua ahli keluarga suami baik dengannya.

Keluarga ni golongan asnaf, isteri sakit dan suami tetap setia jaga isteri sakit buah pinggang yang perlu rawatan hemodialisis. Ada seorang anak OKU. Masa kat pasar tani tadi pun che kak nampak dia jual sayur dan ulaman kampung wat tampung sara hidup. 

Che kak terkejut sebab banyak nau lauk pauk yang terhidang. Semua menu masakan kampung che kak suka😋😋.  Rasa macam susahkan tuan rumah pula. Tapi orang dah hidang, kita kena hargai penat lelah tuan rumah. Jemput makan😋😋. 

Rasa malu pula kat diri sendiri. Depa mai rumah che kak, hanya mampu hidang air teh o je.😅 Walhal tetamu mai bawa rahmat. 

Coretan 5 Syawal 1443H / 6.5.2022








No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com