PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 4) - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 4)

Friday, September 10, 2021

PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 4)

 Siri 4.

Sambung balik citer pengalaman che kak dikuarantin di PKRC.

Apa yang che kak share ni hanyalah pengalaman peribadi sahaja. Tak mewakili mana-mana individu atau jabatan.

Makan tido makan tido makan tido.πŸ˜‚

Che kak perasan juga, makan tengahari dan malam kebanyakannya masakan siam. PKRC kan dekat dengan Rantau Panjang. Mungkin tukang masak orang Rantau Panjang juga.

Menu petang pula roti, kadang kala sandwich dan air kotak.

Kadang kala ada yang sedekah makanan. So, memang tak lapar la kitorang. Itu belum lagi makanan sendiri.

Che kak tengok ada juga la yang oder makanan luar.

Alhamdulillah walaupun che kak hilang deria bau, tapi deria rasa tetap ada. Kalau tak, tak tau le camne nak makan tanpa rasaπŸ˜‚.

Alhamdulillah, kawan-kawan dan adik che kak pun ada hantar makanan. Dapat makan rendang dan nasi himpit, biskut, pisang, kek lapis sarawak, roti. Syok gak dapat makan roti kelapa pandan. 






Tapi takde la makan sorang-sorang. Share juga dengan jiran-jiran sebelah. 

Che kak kerap minum air masak. Ada la dalam 2, 3 botol sehari.

Selain supplement yang che kak bawa, kawan-kawan seuniversiti dulu, sponsor supplement jenama HPA. Che kak makan juga. Sangat membantu juga la.



Mandi kerap juga walaupun che kak tak tau badan berbau ke takπŸ˜‚ sebab takde deria bau.

Paling syok masuk tandas tapi takde bau tandas langsung. Pergh macam masuk tandas 5 bintang takde bau tandas. πŸ˜‚ Diorang makan petai pun tak heran dahπŸ˜…πŸ˜‚.

Tandas pun bersih. Bilangan tandas pun banyak. Kira ok la dengan bilangan penghuni.

Walaupun ramai budak kecik, alhamdulillah takde yang buang pampers merata-rata. Buang dalam tong sampah yang disediakan.

Ada juga pesakit yang rajin. Tolong cuci tandas. Jadi tandas sentiasa bersih.

Ok sambung balik nanti ye.


No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com