PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 1) - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 1)

Friday, September 10, 2021

PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 1)

 Siri 1.


Hari ni che kak nak cerita pengalaman che kak kena covid-19 baru-baru ini.

Apa yang che kak share ni hanyalah pengalaman peribadi sahaja. Tak mewakili mana-mana individu atau jabatan.

Kalau orang tanya mana dapat virus tu?

Sejujurnya che kak pun tak tahu dapat kat mana. Che kak hanya pergi opis dan sekali sekala singgah supermarket beli barang dapur.

Sedar-sedar je bergejala dan takde contact rapat dengan sape-sape.

Cuma che kak bersyukur sangat sebab anak-anak, suami, ahli keluarga lain dan rakan-rakan opis tak de yang berjangkit. 

Gais, pentingnya kalau kita bergejala, cepat-cepat dapatkan rawatan dan asingkan diri sehingga dapat result.

Cek di klinik kesihatan, bayar rm1 je. Kalau ada duit  boleh cek kendiri.

Pada awal gejala che kak rasa macam nak demam. Sejuk ketar menggigil bila terkena air masa nak berwuduk.

Lepas tu tak tahan menggigil-gigil, terus telan panadol. Alhamdulillah demam dah kebah. 

Keesokkannya, berbelah bagi juga nak pergi opis. Sebab tak demam dah. Cuma kepala rasa berat ,ting tong gittew.

Aghhh pergi klinik la dulu. Lebih baik aku cegah sebelum parah. Tak nak disebabkan kecuaian kita, abes semua berjangkit.

Doktor terus buat swab test dan dipakaikan gelang pink. Bermulalah kuarantin diri sehingga result keluar.

Sepanjang 3 hari menanti result keluar, antara gejala yang che kak dapat ialah hilang deria bau. Che kak perasan sebab  takde bau limau nipis.

Masa tu che kak rasa pening dan loya. Macam orang alahan ibu preggy. So, nak bau limau la untuk legakan rasa loya dan pening.

Try bau cuka, budu, belacan, bunga cengkih dan lain-lain. Sah! Memang takde bau. Terdetik di hati, aku kena covid ke?

Che kak muntah. Muntah keluar angin dan rasa pahit je. 

Tiba-tiba hidung rasa block. Takleh nak nafas dengan hidung. Tapi takde hingus.  Bukan macam selesema biasa. Nasib baik boleh nafas dengan mulut juga. Kalau tak? 😅

Memang rasa tak selesa badan.

So, che kak cuba wapkan hidung dan muka dengan air rendaman bunga cengkih.

Minum madu yang dibancuh dengan aloe vera. Kunyah bee propolis dan vit c. Ikhtiar kata orang.

Kalau dah sakit, baru nak cari ikhtiar,😂

3 hari kemudian, IK daripada pejabat kesihatan daerah call maklum che kak positif covid-19. 

Rasa sayu je dan che kak tak panik sebab dah jangka. 

So, beberapa soalan dan perkara yang che kak kena buat.

1. Listkan dan wasap nama dan no ic ahli keluarga yang tinggal bersama. 

2. Share location tempat tinggal.

3. Beberapa soalan berkaitan kesihatan, berat, tinggi, bilangan bilik tidur dan bilik air.

4. Hubungi rakan opis kot-kot ada yang bergejala dan kontak rapat.

Hasilnya, che kak terpaksa dikuarantin di PKRC kerana anak ramai kat rumah. Bimbang akan menjangkiti anak-anak. Tambahan pula che kak ada sejarah penyakit jantung.

Jam lebih kurang 10 malam, ambulan datang jemput. Rasa sayu giler wei bila duk dalam ambulan.

Keesokkannya anak-anak dan suami kena swab test dan dipakaikan gelang pink sebab kontak rapat. Diorang kuarantin kat rumah je sebab tak bergejala.

Barang-barang tak perlu bawa banyak. Antara yang che kak bawa:

 tuala,

 kain sembahyang, 

sejadah, 

baju lengan panjang 5 helai, 

kain batik 5 helai (sebab che kak suka pakai kain batik), 

kain tudung 5 helai (3 helai dah cukup sebenarnya), 

stokin, 

pakaian dalam,

standby modes,

ubat dan berus gigi, 

sabun avocado merangkap sabun mandi, cuci muka, syampu dan basuh baju😂

Deodorant,

Krim panas

sikat rambut

Hanger

Charger henpon

Pengetip kuku


Krim-krim muka che kak tak bawa sebab takde mood nak pakai.


Ubat-ubatan

Madu

Pati delima

Bee propolis

Vit c

Botol air masak

Bunga cengkih

Bawa ic dan sedikit duit je gais.

Tak perlu bawa handbag dan barang kemas.

Apabila dah sampai di PKRC.....

Ok nanti che kak sambung balik la deh...



🥰🥰🥰

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com