PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 6) - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 6)

Friday, September 24, 2021

PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 6)

 Siri 6.

Lega hari ni dah selesai sesi audit iso secara google meet. Dah beberapa hari duk bertungkus lumus settle dokumen dan fail untuk diemailkan ke juruaudit. 

Lepas tu sempat le sembang dengan jiran bilik depan.  Rehat sekejap sementara nak kena duty kaunter pula. 

Nak sambung balik la pengalaman berada di PKRC.

Sepanjang berada di sana, che kak memang down. Walhal banyak masa terluang yang sepatutnya che kak boleh buat macam-macam.

Konon nak tulis blog, nak bisnes, nak buat kerja. Tapi itu hanyalah angan-angan sahaja.

Betul-betul takde mood nak buat semua tu. Dah paksa diri, tapi corona ni memang betul-betul tutup pintu hati che kak. (Salahkan corona la pulak😂😂).

Siap left grup opis tau lepas membebel kat kawan-kawan yang tak buat kajisemula😂😂. Nasib baik boss faham. Tempoh bertenang, kata orang. 

Gais, jangan paksa diri. Penting tau jaga diri dan jaga hati sendiri semasa proses pemulihan. Lawan covid dulu.

Haaa elok je masuk keje, ambik engkau kerja berlambak duk menanti😂😂.

Nampak macam sihat. Tapi dalam hati Allah je la yang tahu. Apa la virus tu buat dalam badan kita.  Benda tak nampak.  Kadang-kadang duk terbayang macam game pacman duk makan apa yang ada depan mata dia😂.

Asal buka je medsoc, ada je sharing tentang seseorang yang meninggal dunia akibat covid-19 termasuk yang masih muda. Mau che kak tak risau😭.

Che kak sangat bersyukur. Sokongan kawan-kawan dan keluarga sangat membantu pulihkan emosi che kak.

Percayalah, walaupun hanya satu ayat whatsapp bertanya khabar , ianya sangat memberi makna pada che kak. Che kak rasa eh ramai juga kawan aku.😂

Terima kasih uols kerana sudi bertanya khabar, doa, kirim makanan dan support che kak. 

Kebetulan pula PKRC ni duk kat daerah pejabat lama che kak. Alhamdulillah, kawan lama che kak pun sudi tolong che kak. Macam-macam pertolongan dia. Hanya Allah je la yang mampu balas jasa dia dan kawan-kawannya. Thanks Rosli Noh and friends.

Haaa tadi ada soalan dari kawan che kak.  Masa che kak berada di PKRC, sape yang urus anak-anak, makan minum dan lain-lain?

Ok nanti che kak sambung lagi. Bab kata kawan che kak, 2 minggu kuarantin, banyak siri la kena hadap😂.





No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com