PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 11) - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 11)

Friday, September 24, 2021

PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 11)

 Siri 11.

Hari ni hampir 6 minggu selepas che kak dijangkiti virus corona.

Alhamdulillah che kak semakin sembuh setelah disahkan bergejala stage 2.

Namun, rupanya che kak kena hadap juga long covid.

Masa hari pertama masuk kerja lepas kuarantin tu, che kak terpaksa lawan penat fizikal dan emosi sebab masa tu sibuk dengan proses bayaran bantuan dan ada taklimat penting kat google meet.

Che kak memang tak mampu nak berbual-bual dengan rakan opis. Rasa penat sangat.

Kepala pun masih pening-pening dan bingung gitu.

Selain itu, rasa lesu dan cepat letih. Walaupun hanya menyapu sampah je, tapi penatnya,Ya Rabbi. Macam baru lepas angkat tong gas.

Walaupun rasa semangat nak buat kerja rumah, tapi tak mampu nak buat macam biasa.

Biasanya penat macamana pun, kalau dapat sopim di kedai eco, hilang tau rasa penat. Tapi kali ni, pegang bekas plastik je pun, rasa macam berat je bekas tu.

Hingus dan kahak pun masih ada walaupun on off.

Sakit-sakit  badan dan paling ketara sakit bahu dan belakang pun che kak tak tahu sama ada sebab long covid ke atau kebetulan.

Sebab masa kena covid takde pula che kak sakit badan.

Kadang-kadang rasa berdebar tanpa sebab. Dia punya tahap berdebar tu macam nampak kon polis dan masa tu la teringat lesen memandu tamat tempohπŸ˜‚.

Paling ketara takde selera makan. Tapi che kak paksa diri juga makan. Sebab tu tak kurus.πŸ˜‚ Sakit pun, makan tetap onπŸ˜‚.

Deria bau slowly dah ada. Kadang bau kadang tak. Tapi che kak tak kisah sangat asal boleh bernafas dengan baik pun dah syukur alhamdulillah.

Pendek kata, asal ada sakit-sakit je mesti nak salahkan corona.πŸ˜‚

Kawan che kak tanya, makan ke tak supplement atau ubat?

Paling utama, ambil lah vaksin sebagai ikhtiar utama lawan covid dengan izin Allah.

Haaa tu lah pasal. Makan ikut suka hati che kak je.πŸ˜‚ Rasa nak makan, che kak makan. Rasa malas nak makan, che kak takde la rasa bersalah.

Kalau rasa tak bermaya, lesu, che kak akan minum madu. Setakat ni che kak konsisten makan madu.

Kadang campur aloe vera dan pati delima manggis. Macam minum jus buah je rasa. Masam manis buah.

Ikhtiar untuk tambah tenaga dan tingkatkan imun badan untuk cepat sembuh.

Kadang-kadang che kak kunyah propolis dan telan herba HPA. Propolis mengandungi flavonoid yang tinggi.

Kahak, hingus beransur hilang. Batuk, alhamdulillah langsung takde.

Supplement sangat membantu tapi jangan anggap ianya seperti makan nasi.

Kalau terlupa makan pada waktu pagi,  jangan la kita telan vitamin berganda-ganda sebelah petang kononnya nak cover balik.

Tak pasal nanti jadi penyakit lain seperti radang hati dan buah pinggang. Overdose vitamin bahaya juga kat badan kita.

Tak perlu rasa bersalah dan takut badan tak cukup khasiat supplement.

Paling penting jaga pemakanan. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan. Sepotong jambu batu dah cukup cover keperluan vitamin c.

Selain itu, jaga hati perasaan sendiri. Jangan difikir sangat apa yang orang nak kata.

Elakkan baca dan follow kontroversi orang popular kat medsoc. Nanti kita juga rasa sesak nafas sakit hati, terkejut. πŸ˜‚ Lagipun kalau korang sakit bukannya diorang tahu pun.

Jangan paksa diri buat kerja melebihi keupayaan kita. Buat secara slowly. Kalau penat, rehat dulu. Kerja memang takkan habis. Kalau nyawa kita habis akan tetap ada pengganti sambung kerja kita.

Hargailah keluarga dan kawan-kawan yang sangat mengambil berat kat kita. 

Jadilah orang baik-baik sebab peluang hidup hanya sekali.

Alhamdulillah, rasa setakat ni je la dulu perkongsian che kak. Takde sambungan siri dah.πŸ˜‚

Terima kasih kerana sudi baca dan support che kak. πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°




No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com