PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 8) - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 8)

Friday, September 24, 2021

PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 8)

 Siri 8.

Che kak duk perhati penghuni PKRC nampak  macam okey je. Ceria je. Macam tak sakit pun.  Masing-masing duk lepak dan berbual-bual macam takde masalah.

Che kak pula lebih suka menyendiri. Sekali sekala berbual-bual juga. Bukan sombong. Tapi lebih suka ambil peluang untuk berehat.

Lagipun orang tak kisah pun kita nak buat apa. Memang PKRC tempat khas untuk kita berehat.

Kalau che kak berbual, isu yang che kak elakkan sama sekali ialah politik dan artis. Cerita politik memang buat kita panas hati.😂 Hati tisu, tak layak nak sembang.

Cerita artis pula che kak tak minat sebab che kak tak suka artis masa kini. Bakat tak ke mana. Cerita putus cinta dan cerai je glemer lebih kat medsoc.

Artis yang che kak minat Amy Search, Rambo dan Jackie Chan. Ada ke makcik nak join sekali sembang pasal Rambo.😂

Kalau che kak berbual-bual, biasanya  macam che kak nak tembual klien yang mohon bantuan.😂

Tanya nama, tinggal kat mana, berapa orang anak, kerja apa? Lepas tu mati kutu dah nak tanya apa.   Nasib baik tak tanya nombor ic je.😅 Sebab tu che kak lebih suka mendengar je.

Jiran katil sebelah pun che kak kurang bercakap sebab nampak tak sihat sangat. Lepas sihat, che kak ambil peluang bertegur sapa juga.

Makcik duk luah perasaan dia risaukan anak-anak kat rumah sebab tak de telefon nak call. Anak kat rumah pun tak tahu makcik sihat ke tak.

Che kak tawarkan telefon che kak supaya makcik dapat call anaknya. Alhamdullah, gembira tak terkata apabila dapat juga bercakap dengan anaknya.

Che kak pula suka tegur baby. Kalau ada baby, biasanya che kak akan mulakan perbualan dengan tanya berapa bulan dah baby? Comelnya baby.

Ada seorang wanita, katanya dia dah kahwin 14 tahun. Baru dapat seorang anak. Itupun dia tak sangka dapat rezeki. Pada awalnya dia ingatkan kanser sebab pernah dapat kanser sebelum ni.

Ada seseorang yang tak ambil vaksin. Katanya memang sengaja tak nak vaksin. Itupun che kak hormat sahaja pandangannnya. Tak perlu la kita nak berdebat dan buka kitab dalil-dalil.

Bukan masa untuk kita berdebat dengan isu-isu yang berbeza pandangan. Mereka dah ada jawapan masing-masing. Melainkan kalau mereka minta pandangan kita, barulah kita bagitau apa yang kita tahu.

Che kak kagum juga dengan seorang kakak. Kematian suami, derita sakit saraf lagi. Tapi dia mampu senyum dan menceriakan penghuni lain.

Siapa sangka, disebalik senyuman seseorang, tersimpan cerita suka duka masing-masing.

Ada juga yang ambil peluang, promosi  bisnes sos pencicah. Seronok dengar dia bercerita seawal pagi dah masak sos pencicah dan ejen-ejen dia tak putus-putus oder. Kiranya membuka peluang orang lain untuk tambah pendapatan juga.

Haaa ada juga la makcik yang duk cerita kisahnya kena santau oleh saudara arwah suaminya. Panjang pula ceritanya sampai che kak dah naik jemu.😅

Nasib baik ada makcik lain tegur, pergilah berehat. Semua orang penat dan perlukan rehat. Fuh, betul la tu. Che kak nak tegur, takut kata kurang ajar pula, kan.😅




No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com