PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 2) - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 2)

Friday, September 10, 2021

PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 2)

 Siri 2.


Hari ni che kak nak sambung cerita pengalaman che kak kena covid-19 baru-baru ini dan dikuarantin di PKRC.

Apa yang che kak share ni hanyalah pengalaman peribadi sahaja. Tak mewakili mana-mana individu atau jabatan.

Suami che kak sempat bagi minum air rebusan bunga cengkih. Sedap minum suam-suam. Tapi rasa macam kering tekak lepas minum. Hidung yang tersumbat pun dah rasa lega sikit.

Sementara menanti ambulan datang jemput, pihak PKRC call. Beberapa soalan yang perlu dijawab untuk rekod diorang.

Sebenarnya kita boleh pergi sendiri ke PKRC. Tak semestinya pergi dengan ambulan. Tapi che kak nak merasa naik ambulan๐Ÿ˜….

Masa duk dalam ambulan, bertambah sayu di sapa angin malam sebab buka tingkap.

Bagus juga pemandu ambulan ,  masih lagi mampu menyantuni kami dengan nasihat dan doa selamat.

Sampai kat PKRC lebih kurang jam 11 malam. Lepas cek tekanan darah dan tahap oksigen, che kak pergi ke katil yang PKRC dah tetapkan. 

Jangan memandai-mandai suka hati tukar nombor katil tanpa pengetahuan PKRC. 

Lepas tu, che kak tidur je la lepas ambil selimut dan cadar yang disediakan.

Tak tukar baju, tak gosok gigi, tak cuci muka.๐Ÿ˜‚

Malam pertama di PKRC dah tunjuk malas.๐Ÿ˜…

Ok. Nanti che kak sambung pulak. 

Che kak lupa dah berapa hari berada di sana.




No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com