PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 5) - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 5)

Friday, September 10, 2021

PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 5)

 Siri 5.

Sambung balik citer pengalaman che kak dikuarantin di PKRC.

Apa yang che kak share ni hanyalah pengalaman peribadi sahaja. Tak mewakili mana-mana individu atau jabatan.

Alhamdulillah, che kak selesa je duk kat PKRC walaupun duk ramai-ramai. Sekali sekala ada juga baca yaasin secara beramai-ramai.

So far, bagi che kak PKRC dah buat yang terbaik untuk kita. 

Ada juga la che kak dengar seseorang duk kata banyak juga kerajaan berhabis duk support PKRC. Kos makan minum, elektrik, rawatan dan lain-lain. Bagus la fikir macam tu. Sepatutnya kita kena berterima kasih je.

Apa yang che kak nak citer ni, ada la unsur-unsur geli atau jijik. Che kak minta maaf awal-awal ye.

Walaupun che kak rasa sihat, sekali sekala ada juga gejala yang membuatkan che kak tak selesa.

Antaranya air liur. Pada satu malam tu, che kak rasa air liur pekat likat macam gam. Nak telan rasa terlekat kat tekak.

Terpaksa juga la ulang alik ke tandas untuk ludah air liur. Air liur bukan biasa-biasa.  Penat juga la duk ulang alik. 

Kahak , hingus? Bukan biasa-biasa juga😅.  Sebaiknya makan madu tanpa bancuh air. Sangat membantu untuk mencairkan kahak dan hingus yang pekat likat macam gam.😅

Sakit tekak macam kena hiris dengan benda tajam. Che kak bagitau kat petugas dan petugas bagi ubat kumur. 

Ada satu malam tu, ya rabbi, sakit kepala macam kena toreh dengan pisau. Tak pernah rasa sakit macam tu.

Biasanya kalau kita sakit kepala, rehat atau tidur sekejap akan hilang sakit. Tapi yang ni nak tido pun tak boleh. Nak duk diam pun tak boleh.

Sudahnya, che kak call petugas. Macam ngada-ngada pula asyik call je.😅 Tapi kita memang kena bagitau kalau ada rasa sakit. 

Lepas makan panadol, baru la dapat tidur dengan selesa. 

Alhamdulillah che kak takde batuk sepanjang duk kat sana hingga ke hari ini. Kalau tak lagi la bertambah tak selesa.

Demam? Awal-awal je che kak demam. Tapi ada juga la sekali, lepas che makan tembikai, terus sejuk menggigil. 

Tak tau sebab makan buah tu ke? Atau sebab kita memang dah nak demam pun. Kebetulan semata-mata je kan.😅 Kesian, tembikai juga yang disalahkan. 

Syukur sangat-sangat la virus ni tak serang paru-paru. 

Awal-awal lagi che kak ikhtiar dengan vaksin. Sekurang-kurangnya ia tidak memudharatkan kesihatan kita dengan izin Allah.

Che kak anggap macam kita pandu kereta la. Pakai tali pinggang. Kalau dah ditakdirkan berlaku kemalangan tetap akan berlaku. Tapi sekurangnya pakai tali pinggang ni tak membuatkan kita tercampak lagi teruk. Ikhtiar untuk jaga keselamatan diri. 

Walaupun gejala kategori 2, tapi sakit paling utama nak kena kawal ialah emosi.😭 Ok sambung lagi.




No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com