PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 3) - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 3)

Friday, September 10, 2021

PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 3)

 Siri 3.

Hari ni che kak nak sambung cerita pengalaman che kak dikuarantin di PKRC.

Apa yang che kak share ni hanyalah pengalaman peribadi sahaja. Tak mewakili mana-mana individu atau jabatan.

Setiap hari che kak mandi jam 5 pagi. Tu pun dah ramai orang tunggu giliran masuk bilik air.

Sementara tunggu solat subuh, ramai juga yang berkesempatan solat  tahajjud dan solat sunat yang lain. Ada yang baca quran.

Lepas solat, che kak akan makan madu, pati delima manggis, bee propolis dan vit c.

Lepas tu, che kak akan jemur baju kat tempat yang disediakan. Sebaiknya bawa la hanger. Jimat ruang dan orang lain pun boleh jemur baju juga.

Che kak nak jemur malam, tapi ada makcik tegur katanya tak bagus berembun. Nanti dapat penyakit kulit.

Che kak tak jadi jemur sebab menghormati teguran makcik.

Lepas jemur pakaian, kadang-kadang terlelap sekejap sementara tunggu sarapan sampai.

Menu sarapan pula berat-berat je. Nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk, nasi lemak. Kadang abes kadang tak abes sebab takde selera. Terpaksa juga makan sebab nak tenaga. 

Lepas sarapan, kakitangan kesihatan akan cek kesihatan kita. Kami beratur  dengan sabar.

Alhamdulillah, tekanan darah dan tahap oksigen normal. Sekali sekala ada la berdebar-debar. Tak tahu la sebab apa berdebar.

Ubat diberi berdasarkan simptom kita. Antaranya paracetamol, ubat selesema , ubat batuk, ubat sakit tekak.

Kalau ada masalah kesihatan yang serius seperti oksigen drop, sukar bernafas akan dihantar ke hospital dengan segera.

Che kak banyak tidur je sepanjang berada di sana. Memang takde semangat nak buat kerja, biz walaupun online je.

Ada juga la join kursus selama 2 hari. Itupun on je tapi che kak tak beri perhatian langsung. Ambil syarat kehadiran je.

Ok, nanti che kak sambung lagi ye.




No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com