PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 9) - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 9)

Friday, September 24, 2021

PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 9)

 Siri 9.

Teringat perbualan dengan suami setiap kali kalau bersembang tentang kereta idaman.

Che kak pasti akan jawab entah le. Asal  boleh bergerak gi kerja, keluar masuk kampung siasat kes bantuan, singgah sopim-sopim kat eco shop, kereta tak meragam asyik rosak pun dah cukup.

Dah kena baham dengan suami, "awok ni molek bawa keto jenazah. Tak dok jiwo langsung ke keto".😂😂😂

Haaa bila duk melayan jiwa kat PKRC tu, mula la duk fikir. Aku balik nanti, naik kereta jenazah ke atau balik dengan teksi?

Che kak seriau juga sebab ada pesakit yang tiba-tiba sesak nafas dan perlu di hantar ke hospital.

Maksudnya sama ada kita akan sembuh atau semakin teruk, bergantung pada tahap kesihatan kita.

Kebetulan pula viral seorang pesakit yang telah sembuh berang kat KKM sebab tak hantar pulang ke rumah.

Kesian kat driver KKM. Dah la datang jemput pesakit kat rumah siang malam.
Udah-udah ler menambah beban mereka. Mereka juga manusia biasa yang tahu penat dan perlukan rehat juga.

Che kak bercadang nak balik dengan teksi sebab tak tau nak minta tolong dengan sape.

Che kak minta tolong kawan untuk dapatkan teksi sekiranya che kak discas nanti. Tapi agak sukar juga la.

Che kak pun lupa nak tanya petugas kat situ kot-kot ada nombor teksi atau grab yang boleh dihubungi.

Walhal lambat lagi boleh discas.😂😂

Lepas tu kawan che kak tawarkan diri nak tolong hantar ke rumah. Kalau ikutkan jauh juga PKRC dengan rumah che kak.

Ya Allah, syukur sangat-sangat di saat kita buntu tak tau nak balik camne nanti, Allah mudahkan urusan hambaNya.

Rindu sangat-sangat kat suami dan anak-anak. Masa dekat selalu je bergaduh. Masa jauh mulalah rindu. 😝

Sambung lagi.😂😂😂




No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com