ABANG AHYAD SPM 2022 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: ABANG AHYAD SPM 2022

Saturday, July 1, 2023

ABANG AHYAD SPM 2022

 Hero tok ggaduh. Haha. 


Dapat slip keputusan terus cek ada tak G. Alhamdulilah takde G. Lepas tu baru tengok berapa yang dapat kutip.


Masa preksa tu che kak cuma pesan "umi tok sir doh G. Bo lah wat kelik. Haha. A tu ikutlah berapa pun. Ada rezeki ada la". 


So far, alhamdulillah 4A 3B 2C. Siap tapau best student sekolah. Haha. Merasa la juga ye bangyad. 




Sejujurnya memang tak mau anak stress stress kalau paksa suruh tapau result macam abang Aiman. 


Biarlah anak-anak tahu sendiri apa yang dia nak dan apa yang dia nak kejar untuk masa depan depa sendiri. 


Terima kasih banyak-banyak buat ibu Awinsha Awinsha   sebab susah payah eskot abang Ahyad dari Johor naik flight    semata-mata nak ambil result. Hehe ibu  merasa jaga anak besar.


Kalau ikutkan minggu ni che kak kena hadir kursus kat nogori. Dah la kursus yang che kak mohon. Dalam surat dah siap warning akan disenaraihitamkan kalau tak hadir tanpa sebab munasabah.


Syukur sangat Kak Na sudi ganti hadir kursus.  Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.


Memang la result boleh tahu kat on9 je. Tapi feeling tu takde la pulak kan. Walau berapa pun anak tapau wat balik, kita nak juga kat suasana kan.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com