BAGAIMANAKAH CARA UNTUK SEMBUHKAN HATI YANG TERSAKITI - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: BAGAIMANAKAH CARA UNTUK SEMBUHKAN HATI YANG TERSAKITI

Tuesday, July 25, 2023

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK SEMBUHKAN HATI YANG TERSAKITI

 

"Awok tok sir masuk wad ko kot-kot nok healing."

"Eh tok sir eh. Takut."

(Kebetulan tengah baca cerita horror kat hospital).

"Tak dok bendo hok tok takut. Derhako ko tok laki tok takut pulok."

😑😑😌😌😅😅


Malas nak layan eh kang tak pasal keluar ilmu usuluddin dia.







Penat jiwa mental fizikal setiap orang tak sama. Setiap orang ada cara tersendiri nak tenangkan jiwa.


Isteri yang bekerja atau surirumah tetap ada penatnya. Tetap memerlukan me time.




Carilah cara yang boleh membahagiakan diri sendiri. Kita sendiri yang lebih tahu apa yang boleh membuatkan kita gembira.


Jaga hati sendiri lebih penting untuk kesejahteraan emosi kita.


Cara che kak nak healing. Banyak sangat.


Namun che kak sangat berterima kasih kerana suami che kak sentiasa support healing che kak.





Che kak suka duk celah ketiak suami che kak. 😝 Che kak malas nak luahkan perasaan kalau geram dengan seseorang. Tak reti nak bercerita.


So, itulah ubat dia. Paling mujarab. Sebab tu che kak stress tahap gaban bila suami kena tukar ke Gambang pada Januari yang lalu.😤


Selain tu, che kak suka menulis. Satu kepuasan bila dapat menulis dalam blog. Walaupun hanya syok sendiri je pun. Blog ni ibarat harta che kak.


Tulis je la apa yang rasa bermanfaat. Sharing is caring.


Che kak juga suka pergi cuci mata di kedai eco dan watson. Pergi sorang-sorang pun jadi weiii.


Syukur sangat sebab suami che kak sentiasa memberi keizinan kalau che kak nak pergi mana-mana program jabatan.


Asalkan pandai jaga diri dan maruah sebagai seorang isteri.



Paling penting sentiasalah beristighfar dan selawat ke atas nabi junjungan kita.  Semoga kita sentiasa diberi kesejahteraan dan rahmat Allah hendakNya.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com