SATU EPISOD DI BUMI KENYALANG - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: SATU EPISOD DI BUMI KENYALANG

Saturday, July 1, 2023

SATU EPISOD DI BUMI KENYALANG

 Kalau nak cerita pasal Sarawak ni, ianya adalah satu kenangan dan pengalaman yang sangat indah untuk dikenang.


Setahun lebih berada di Sibu sudah cukup membuatkan che kak cipta kenangan tersendiri sehingga tertulisnya sebuah cerpen Satu Episod di Bumi Kenyalang. 

koleksi cerpen sendiri


Cerpen yang ditulis tahun 1998 itu sampai sekarang hanya berada dalam simpanan sendiri sahaja tanpa cetakan buku dan tidak dijual. 


Nasib baik ada hard copy kerana disket yang tersimpan cerita itu dah lama rosak. Staple yang terlekat di hujung kertas A4 pun dah berkarat. 


Sarawak adalah tempat untuk kamu belajar menghormati antara satu sama lain. Pelbagai budaya dan agama tidak menghalang untuk mereka hidup saling harmoni.


Sebagai pelajar Semenanjung, che kak juga tak terkecuali terima hadiah kecemerlangan SPM dari Yayasan Sarawak sebanyak RM500.


Jumlah itu cukup besar bagi seorang pelajar tahun 1990 an. 


Nantilah kalau ada kerajinan, rasa nak taip semula.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com