PROGRAM MINI KARNIVAL PDK TAHUN 2023 SEMPENA SAMBUTAN HARI OKU - 11.7.2023 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: PROGRAM MINI KARNIVAL PDK TAHUN 2023 SEMPENA SAMBUTAN HARI OKU - 11.7.2023

Tuesday, July 18, 2023

PROGRAM MINI KARNIVAL PDK TAHUN 2023 SEMPENA SAMBUTAN HARI OKU - 11.7.2023

Tak tau nak start kat mana nak tulis citer hari ini. Tapi nak tulis juga untuk memori tahun-tahun hadapan.





Habis program masuk dalam kereta, buka lagu keluar lagu sufi kau hilang.......

🎼🎼🎼

Amboi laguuu. Saja hang naaaaa. Awat dengan lagu pula. Haaaa jeng jeng jeng.

Enjoy sangat program hari ini. Terhibur sangat tengok persembahan anak-anak syurga ni. Masa tengok persembahan tadi, terdetik di hati che kak mesti budak ni menang. Eh betul la menang.









Hairan juga che kak dibuatnya. Walau kekurangan, namun anak-anak PPDK ini sangat berbakat.
Kalau ada kekurangan, maafkanlah. Program ni sekadar nak raikan anak-anak syurga supaya mereka rasa dekat dengan masyarakat.

Majlis perasmian hari ni dirasmikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan.
Anugerah-anugerah yang diberikan dapat memberi lebih semangat kepada warga PPDK untuk terus mencurahkan bakti.








Che kak dan Jamilah merangkap roomate di opis masih setia jaga teka kacang dan gula-gula. Sambil-sambil tu join juga teka. Seronok tengok pakat-pakat main teka ni.

Set bos-bos pun sporting semuanya support juga.




Kalau rezeki dah tertulis tetap akan menjadi rezeki seseorang. Semalam Linda PPDK dah dapat hadiah teka kacang/coklat.





Hari ni Linda sebenarnya tak nak join teka dah. Agaknya segan dah kot. Tapi che kak ajak juga. Maka join juga la. Haaa sekali menang lagi hari ni.

Che kak... Hahahahahaha. Hanya mampu tersenyum sehabis manis wajahku supaya tiada air mata yang keluar.
🤣🤣🤣🤣

Che kak redha dan faham. Bukan rezeki che kak.

Walaupun hakikatnya memang kami tak tahu berapa jumlahnya, namun atas nama urusetia, hadiah itu layak diberikan kepada orang lain.
Bye-bye kipas...
🤣🤣

Suami tanya nok berapo butir, abang g beli.
😝😝

Oh ye che kak sempat juga la beli serai hasil projek PEMERKASA dari Gua Musang. Ikan pekasam dan sambal pijat pun che kak beli. Ingat nak makan malam ni tapi Kak Ilah dah masak chicken chop. Esok je la kita makan

😋

Busuk-busuk si sambal pijat tapi sedap bohhhh.
Tak sah kalau tak beli maruku dari PPDK Kadok. Sedap tau.

Oh ye. Dulu-dulu punya stigma, orang geli kalau oku punya produk. Tapi che kak lebih yakin tanpa ragu-ragu beli produk oku. Depa lagi pandai jaga kebersihan dan kesucian produk tau.
Jom la support beli produk PPDK.




Sebenarnya che kak teringin nak makan jelly kelapa. Tapi tak berkesempatan nak beli tadi. Tup tup bos che kak bagi tadi.
😋




No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com