BELAJAR TINGGI VS KARIER USIA MUDA? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: BELAJAR TINGGI VS KARIER USIA MUDA?

Tuesday, July 18, 2023

BELAJAR TINGGI VS KARIER USIA MUDA?

 Apa yang seronok sangat jadi artis muda tanpa ada ilmu. Tak best pun dik.

Cer tengok ramai artis yang berjaya dalam karier mempunyai pendidikan tinggi. Mereka lebih dihormati dan disegani. Contohnya arwah Sudirman.




Tak dinafikan ada artis yang berjaya kerana bakat walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi. Dikenali kerana bakat luar biasa dik bukan kontroversi.

Rugi masa kanak-kanak. Ada peluang belajar tapi disia-siakan masa kanak-kanak.

Takde keseronokan belajar dan bermain bersama kawan-kawan.

Takde keseronokan belajar dan kena denda dengan cikgu.

Takde keseronokan join aktiviti dan program-program sekolah. Macam-macam aktiviti sekolah yang turut ketengahkan bakat, dik.

Cer adik tengok, pelajar oku yang takde harapan dapat sijil peperiksaan pun tetap hadir ke sekolah untuk pembangunan sosial dan kemahiran.

Berpendidikan tinggi bukanlah kayu ukur untuk seseorang itu berilmu. Tapi kalau tak belajar mana nak dapat ilmu.

Apa sangat la duk bangga dalam dunia artis. Sampai masa, orang dah tak ingat pun.
Sampai masa akan jatuh tergolek juga ke bawah dan nama akan terkubur juga.

Lambakan artis masa kini, hanya membuatkan artis tenggelam je kalau tak disandarkan dengan bakat dan sesuatu keistimewaan yang lebih daripada orang lain.

Apatah lagi artis sekarang ni hanya dikenali sebab kontroversi dan seksi. Bakat memang ke laut pun.


No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com