KENANGAN MENJALANI PEMBEDAHAN JANTUNG DI HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHUMAH KLANG TAHUN 1990 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KENANGAN MENJALANI PEMBEDAHAN JANTUNG DI HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHUMAH KLANG TAHUN 1990

Tuesday, July 18, 2023

KENANGAN MENJALANI PEMBEDAHAN JANTUNG DI HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHUMAH KLANG TAHUN 1990

Setiap kali temujanji hospital, maka che kak akan pulang awal dari sekolah. Balik rumah.

Bersiap-siap dan pakai baju yang lawa, tunggu ayah balik, maka kami akan ke Hospital Kuantan. Sekali sekala pergi temujanji Hospital Kuala Lumpur.

Sehinggalah tiba untuk pembedahan. Che kak, ayoh dan arwah mok (nenek) bertolak ke Hopital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Naik bas.

Seingat che kak 3 minggu che kak berada di sana. Masa tu che kak darjah 5.

Nurse dan doktor sangat baik. Rasa sangat mesra dan pandai layan budak-budak senasib che kak.

Che kak suka tengok nurse cina pakai uniform skirt dan ada topi kat atas kepala.

Che kak selalu juga lepak bilik pesakit lelaki cina. Selalu berbual-bual dengan dia. Dia ditemani ayahnya. Che kak panggil dia pakcik.

Selepas beberapa hari, dia bagitau sepatutnya kena panggil 'abang' sebab umur dia 16 tahun.

Masa tu che kak tak tahu dan tak boleh nak bezakan umur remaja tu apa.

Che kak juga sangat terpegun apabila mendengar seorang budak 4@6 tahun menyanyi lagu Isabella.

Ada seorang makcik tegur dan puji dia pandai menyanyi. Tapi kan, sangat terkejut bila budak tu kata "sape nak bercakap dengan awak." Sambil buat muka kerek tak suka.

Nampak la air muka makcik tu berubah sebab kecil hati. Tapi makcik tu tak marah.

Tak ingat mak budak tu ada ke tak masa tu. Tapi seingat che kak mak dia sangat baik dan peramah.
Sehinggalah tiba waktu untuk masuk bilih bedah. Tanggal 15.10.1990.

Masa bius disuntik terasa sangat sejuk bila masuk dalam urat tangan. Lepas tu che kak tak tahu apa dah jadi.

Arwah mok bagitau lama juga che kak duk dalam bilik operation.

Lepas sedar, che kak nampak ada botol yang berisi darah. Botol tu bersambung dengan wayar yang ditebuk ke bahagian tepi dada kiri.

Bila tiba masa, nurse nak keluarkan wayar tu, terasa sangat sakit.

Jalan pun bahu senget ke kiri. Memang tak leh nak tegak sebab terasa sakitnya.

Arwah mok hanya lapkan badan che kak je. Tak berani nak mandi macam biasa.

Arwah mok juga minta tolong seorang atendan lelaki buatkan air tawar. Atendan tu pun pujuk che kak, belajar rajin-rajin nanti dah besar boleh jadi doktor juga. Bedah orang.

Hehe. Nak bedah katak pun che kak geli dan tak sanggup.

Setiap pagi nurse akan buat senaman. Seronok buat ramai-ramai.

Bila selalu buat senaman, akhirnya bahu dah tak senget sebelah.

Kalau rajin bersambung.....

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com