SELEPAS SPM NAK BELAJAR KAT MANA? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: SELEPAS SPM NAK BELAJAR KAT MANA?

Saturday, July 1, 2023

SELEPAS SPM NAK BELAJAR KAT MANA?

 Anak-anak lepasan SPM tentu tengah berdebar tunggu tawaran belajar kat IPTA kan. 


Che kak dulu pun teringin sangat nak sambung belajar kat Jordan. Tapi tak nampak jalan nak belajar kat sana.😅 Terkubur terus dah impian. 



Bila result PQS, PSI, Bahasa Arab Tinggi A1 hati dah berbunga² nak sambung belajar kat UM cawangan kat Nilam Puri. Terkubur juga😅😪.



Dapat sambung diploma pembangunan manusia kat UPM. Ah pergi je la walaupun takde dalam senarai masa isi borang upu. Agaknya upu kesian kat che kak agaknya😅.


Semangat berkobar kobar nak belajar kat U. Tapi bila dapat peluang belajar, penyakit malas tu hadoiii. Kejutan subjek😪. Budak sekolah arab dan sastera tiba² nak kena belajar biologi la, matematik macam add mate la. Mana la che kak nak reti.


Sudahnya sem pertama memang pointer drop giler. Nasib baik upm tak kick je. 



Dipendekkan cerita berjaya juga la grad dengan cukup² makan😪😅. Hari konvo pun tak join. Takde gambar konvo. Punya la penyakit malas🙄.


Alhamdulillah rezeki juga dapat bekerja dengan diploma itu. Aturan Allah sangat indah walaupun tak sama dengan impian kita suatu ketika dulu.


Sekarang ni nak teruskan hidup je. Cari rezeki untuk besarkan anak² supaya anak² berjaya dunia akhirat. 


20 tahun bekerja, upgrade sikit dengan sijil SKM tahap 3.😂. Itupun rasa macam nak putus nafas nak siapkan portfolio. Dah dapat sijil bangga la pula updated dalam hrmis😝. Awal² tu rasa nak mengalah dah. 



Nanti lah kalau ada rezeki nak gi melancong ke Jordan. Tak semestinya kena sambung belajar kan😂.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com