ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAMBAAN KAKITANGAN PENJAWAT AWAM? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAMBAAN KAKITANGAN PENJAWAT AWAM?

Wednesday, July 26, 2023

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAMBAAN KAKITANGAN PENJAWAT AWAM?

Apabila CC minta maklumat APC untuk dikemaskini dalam hrmis, terus cari sijil dalam fail. 



Eh takde tarikh la pulak. Hmmm. Hari ni godek-godek dalam facebook. Kot-kot ada simpan dalam album photo.




Alhamdulillah ada juga. Mana mungkin che kak abaikan peristiwa penting ini dalam medsoc. Walaupun sekadar set only me.


Gambar selipar jepun pun che kak post dalam fb. Inikan pula Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). ๐Ÿ˜


Alhamdulillah 2 kali che kak dapat APC. Tapi che kak tak mengharapkan pun sebarang anugerah sebab sedar diri yang tak berapa nak rajin๐Ÿ˜†. 


Dapat sekali dalam perkhidmatan pun dah rezeki sebagai kenangan bersara nanti.


Kali pertama dapat masa bertugas di PKMJ Pasir Mas tahun 2010. Majlis diadakan pada 19.7.2011. Masa tu tengah mengandung abang Afnan. Rezeki anak.




Che kak pakai baju yang suami beli masa pergi Laos tak silap. 


Masa tu dah 8 tahun berkhidmat. Itu pun atas ehsan ex boss che kak iaitu En Azman Mat Zain. 


Kali kedua dapat pada Mei 2017. PKMJ masa tu Puan Azizan Aziz. Che kak dan Wan Azniha semangat nak pakai baju yang sama. Pening gak masa nak pilih kain pasang. Rambang mata.



Sweet memories bila tengok gambar-gambar dengan rakan-rakan yang lain. 



Walaupun dah tak nak APC namun itu bukanlah alasan untuk kita tidak memberi komitmen terhadap tugas hakiki kita.


Hargailah rezeki yang Allah bagi kat kita melalui kerja makan gaji ni. Tanggungjawab dan amanah sangat besar.


Bekerjalah seikhlas hati tanpa mengharapkan sebarang anugerah. Insya Allah ganjaran dari Allah tetap ada.


Walaupun bukan APC, Allah akan bagi kecukupan rezeki, sihat, anak-anak soleh dan banyak lagi la nikmat atas dunia ni.


Macam Bell Ngasri. Terus sahaja bagi komitmen seikhlas hati akhirnya dapat juga rezeki anugerah, kan.






No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com