WAJARKAH AIB DISEBARKAN DI MEDIA SOSIAL? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: WAJARKAH AIB DISEBARKAN DI MEDIA SOSIAL?

Tuesday, July 18, 2023

WAJARKAH AIB DISEBARKAN DI MEDIA SOSIAL?

Taip padam taip padam taip padam. Entah nak teruskan tulis ke tak ni.

Teringat puisi che kak yang che kak post di page koleksi nukilan hasliza. Kisah cinta terlarang. Cinta terlarang ni memang sangat enak dilayan. Percayalah manisnya cinta terlarang ini sebab syaitan yang taburkan.


Bila viral kisah cinta di madinah, Allahu. Rasa takut nak tulis sebab takut teruji dengan kata-kata.
Namun che kak tetap rasa tak wajar kisahnya di war warkan di medsoc.





Aibnya tujuh keturunan tak habis lagi akan diperkatakan orang.


Dosa macamana pun pasangan terutama isteri, jangan sesekali di postkan di medsoc.
Aibnya bukan sahaja pada isteri. Tempiasnya akan tetap terkena pada ahli keluarga yang lain.


Bukanlah bermaksud nak berlagak suci. Che kak juga seorang isteri yang tak kering dari dosa dengan suami.


Namun untuk pamerkan segala screenshot wasap di medsoc, ianya bukanlah langkah untuk menyelesaikan masalah.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com