PROGRAM MINI KARNIVAL PDK TAHUN 2023 SEMPENA SAMBUTAN HARI OKU - 10.7.2023 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: PROGRAM MINI KARNIVAL PDK TAHUN 2023 SEMPENA SAMBUTAN HARI OKU - 10.7.2023

Tuesday, July 18, 2023

PROGRAM MINI KARNIVAL PDK TAHUN 2023 SEMPENA SAMBUTAN HARI OKU - 10.7.2023

Che kak memang teruja kalau program yang melibatkan OKU terutama warga Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK).




Pernah jadi penyelaras OKU dari tahun 2013 - 2017. Banyak kenangan dan pengalaman bersama depa ni.

Seronok tengok pelatih PPDK buat persembahan. Berbakat betul mereka semua ni. Sekali sekala kita raikan mereka semua. Berani itu penting.












Tahniah kepada penyelia dan petugas sebab sabar mendidik dan menyayangi warga OKU ni. Insya Allah anak-anak syurga ni menjadi asbab untuk kalian beroleh ganjaran pahala.

Dapat jumpa dengan kawan-kawan lama tu yang rasa seronok sangat. Tapi tu lah tak sempat nak berbual-bual lama sikit.




Kita layan ceramah, persembahan, pertandingan dan forum diskusi antara ahli panel yang tersohor dari HUSM. Produk pun banyak. Meh la support.





Suami dah tanya ada duit ke awak tu kot-kot nak shopping. Eh takpe takde duit pun bukan nak beli pun. Haaa ambik engkau. Nasib baik ada manager bank yang boleh bagi cash tanpa resit
😝

Tapi tak sempat juga nak jalan-jalan cuci duit beli produk sebab kena jual kacang dan gula-gula harga 50 sen
😝

Penar mata juga la duk bilang kacang dan gula-gula dalam botol. Dah menjadi rezeki untuk penyelia dan petugas PPDK Gaal-Jeram dapat hadiah blender dan kipas. Tahniah set awok weiii. 2 hadiah lagi apa eh. Lupa pulak.




Segan juga sebenarnya duk kat booth JKMN. Kebetulan pula ada Kak Wan Rusnah yang jenis happy go lucky sokmo kita pun tumpang happy juga. So, kurang la segan tu.

Tu belum lagi cerita jumpa ex boss che kak. Bila teringat balik masa jadi anak buah dulu, huduh nyo perangai che kak.

Dah sambung esok pula...

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com