KISAH KONVENSYEN SUKARELAWAN JKM 2022 MELAKA - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KISAH KONVENSYEN SUKARELAWAN JKM 2022 MELAKA

Wednesday, July 27, 2022

KISAH KONVENSYEN SUKARELAWAN JKM 2022 MELAKA

 Jom sambung citer. Baru lepas telan panadol 2 biji. Korang ingat che kak ada masa nak sakit kepala😆. Ngantuk tapi tak jenero nak tido. 


Walaupun masing-masing sampai kat rumah jam 3, 4 pagi, namun masing-masing ada komitmen dengan tugas-tugas hakiki. 


Ingat seronok ke nak keluar negeri kalau tugas hakiki di opis sedang menanti lebih-lebih lagi wasap asyik berbunyi minta laporan itu ini.🙄🤪 Bikin stress pedih ulu hati😣.


Berbalik kepada program konvensyen.




Walaupun tak berapa nak hadam dengar ceramah gara-gara sakit gastrik pula, tapi sabar juga sebab kata orang "nak ke suasana jah".🤪



Che kak ada beli ubat gastrik kat 7e. Adik manis cashier bagi ubat. Sedap gak rasanya. Biasanya ubat gastrik warna putih kan. Tapi yang ni warna dan rasa macam ubat batuk. Ada rasa herba gitew. Cepat berkesan pula tu.


Eh lupa nak bagitau. Nasib baik roomate bawa minyak angin. Lega rasa. Bila dah menuju umur remaja purba, minyak angin sangat berguna. 


Che kak rasa lega sangat bila roomate che kak sudi join konvensyen. Nasib baik boss nye bagi sebab ganti penyelaras komuniti JKM KB yang tak dapat hadir.


Roomate che kak ni sama-sama coursemate che kak di UPM dulu. Sama-sama kerja JKM pula walaupun berlainan opis. Tapi tulah, jarang sangat dapat berjumpa dan berbual-bual. Setahun sekali pun payah nak jumpa. Walaupun ada teknologi komunikasi , tapi jarang benar berhubung😆🤪.



Namun begitu, che kak sangat sayang kat dia. 🥰


Malas pula nak citer pasal pengisian ceramah-ceramah sebab che kak tak fokus dan takde point nak tulis. Nasib baik cikgu Yuganu tak suruh che kak catat minit🤪. Sebab che kak dengar Cikgu Yuganu minta Fairuz catat point penting setiap sesi ceramah. Pergh hampir pengsan che kak dengar😆.


Fairuz ni salah seorang kakitangan pejabat kesihatan tapi aktif juga dengan kerja sukarelawan. Sanggup ambil cuti rehat. Alang-alang cuti rehat masih banyak, katanya.


Bila sekali sekala che kak tengok pengiring lelaki, kan main diorang nampak fokus dengar ceramah. 😁


Ni haa che kak nak citer menyesal giler layan citer hantu dan seram. Biasanya kan kalau movie seram mesti berlatar belakangkan kawasan hotel. Haaa sudahnya pukul 3.00 pagi nangis nak gi toilet. Walhal toilet depan pintu bilik je. 😅😆 Menyesal sekejap ni. 🤪.


Pahni sambung pulok. Banyak lagi nak citer ni. Ku cuba pejam mata tapi tak terdaya kerana ku masih teringat padamu.......eh termenyanyi pulak🤪. 


Tidur la dulu. Kang esok besar kecik besar kecik nak makang orang🤪.

Moral hari ini, jangan wat kerja kalau mengantuk. 😣😏


#KonvensyenSukarelawanJKM2022

#BayouLagoonParkResortMelaka

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com