CAKNA ANAKKU, MOTIVASI KEIBUBAPAAN 2022 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: CAKNA ANAKKU, MOTIVASI KEIBUBAPAAN 2022

Sunday, July 24, 2022

CAKNA ANAKKU, MOTIVASI KEIBUBAPAAN 2022

 Mata mengantuk tapi tak lena tidur semalam sebab bising betul bunyi motor. 😴. 


Semalam check in hotel kena bayar sendiri dulu sebab penganjur tak sediakan tempat penginapan untuk semalam.


Semalam selamat sampai ke Melaka lebih kurang jam 9  malam setelah menempuh perjalanan yang panjang takde konar-konar leper. Teringat lagu it's a long road dalam citer Rambo.😁


Hari ni ada Konvensyen Sukarelawan JKM.  Jap agi rombongan peserta akan check in di Bayou Lagoon Park Resort. Penginapan Bayou ni disediakan oleh penganjur konvensyen.


Nak tulis apa pun tak tau sebab kepala ting tong. Perut pun asyik meragam dah berapa kali keluar masuk tandas.😔


Semalam, sebelum bertolak ke Melaka, sempat la juga che kak join program sekolah anak. Program untuk ibubapa. Tajuk Cakna Anakku dan Motivasi Keibubapaan. 




Bagaimana untuk menjadi ibubapa yang cakna kepada anak-anak supaya anak-anak menjadi anak yang berjaya dunia akhirat.


Anak adalah amanah kita yang sewajibnya kita jaga dan didik.


Sebagai ibubapa, kebergantungan kita kepada Allah mesti tinggi dan kuat dalam menjaga, melindungi dan mendidik anak.


Sentiasa berdoa kepada Allah supaya melindungi dan menjadikan anak kita anak yang baik.


Kita sebagai bapa selayaknya perlu tunjuk keperibadian yang baik terutamanya solat. Sentiasa solat berjemaah di masjid.


Dalam menuntut ilmu perlu ada adab sebagaimana dalam kitab pelita ilmu. 


Nak kena cari kitab ni nampak gayanya.


Untuk menjadi cemerlang, perlu ubah sikap MALAS kepada RAJIN.


Jangan biarkan malas berakar umbi dari sejak kecil lagi. Kalau malas dari kecil ianya akan terbawa-bawa sampai bila-bila. Malas serba serbi. 


Untuk berjaya, perlu ada FOKUS. 82% kejayaan adalah berpunca daripada fokus. Fokus ni maksudnya kesungguhan dan memberi tumpuan sepenuhnya.


Yang lain-lain tu seperti IQ tinggi, status sosial, pengalaman, dan peralatan hanya penyumpang kecil sahaja untuk kejayaan.


Banyak lagi perkongsian dari penceramah tentang peranan ibubapa dan anak-anak untuk menjadi anak yang berjaya dan cemerlang.


Tak sempat nak dengar sampai habis sebab kereta jabatan untuk ke Melaka dah sampai. Sambil tunggu pilot, sambil dengar ilmu keibubapaan.


Okey lah. Nanti che kak tulis pula tentang perjalanan ke Melaka. 🥰






No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com