CARA BACA QURAN YANG MANA LEBIH BAIK - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: CARA BACA QURAN YANG MANA LEBIH BAIK

Monday, July 18, 2022

CARA BACA QURAN YANG MANA LEBIH BAIK

 4.7.2022

Pagi tadi che kak berkesempatan dengar tazkirah di Manis fm. Pukul 7 pagi sambil drive nak gi kerja sempat la dengar.

Walaupun sekejap je, okey la kan dapat dengar pengisian untuk santapan rohani kita.

Sebelum tazkirah tu, ada bacaan ayat kursi. Walaupun tahu, tapi kita selalu lupa bahawa banyak fadhilat baca ayat ni. Kita pun tumpang ikut baca juga la ayat kursi. Boleh dijadikan sebagai pendinding kita.

Tazkirah hari ni tentang mana lebih afdhal sama ada baca quran secara mushaf atau aplikasi telefon.

Sekiranya ada kedua-duanya, sebaiknya secara mushaf.

Contohnya semasa berada di masjid, sebaiknya guna quran. Tujuannya untuk elak dari timbul fitnah.

Ye laa, nanti orang akan kata asyik ngadap henpon je walhal kita sedang baca quran guna aplikasi quran di henpon.

Apabila kita nak pegang quran dah tentu kita akan berwuduk. Secara tak langsung dapat pahala berwuduk. Berbeza kalau kita baca quna henpon. Jarang benar kita akan berwuduk.

Haaa lagi satu nak elak gangguan. Ye laaa kan telefon ni fungsinya untuk komunikasi. Kejap kejap baca wasap. Kejap kejap jawab call. Kalau guna mushaf quran, kita akan baca tanpa gangguan.

Namun begitu, bukanlah bermaksud kurang pahala kalau baca quran guna henpon. Boleh aje baca quran secara aplikasi di henpon.

Kesimpulannya, antara kedua-duanya tetap dibolehkan. Jangan gaduh-gaduh ye. Dah jom baca quran. Tapi jangan la pula masa baca quran pi post di medsoc tayang hangpa baca quran.😂 Takut jatuh riak pula.🤦

Sejuk rasa hati lepas dengar tazkirah. Tapi lepas tu kemain kau pasang lagu Isabella kuat-kuat🤦🤦.


No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com