MASAK SENDIRI VS BELI BUNGKUS MENU BERBUKA PUASA - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: MASAK SENDIRI VS BELI BUNGKUS MENU BERBUKA PUASA

Sunday, July 10, 2022

MASAK SENDIRI VS BELI BUNGKUS MENU BERBUKA PUASA

 Hari ni tak masak sebab lauk semalam pun ada lagi. Lagipun setiap hari masjid bagi lauk. Cukuplah kami anak beranak wat buka puasa. Bukannya makan banyak pun.


Kalau che kak masak pun sebab anak-anak yang request. Menu mudah je. Ayam goreng celup tepung pun dah cukup. Depa tak tengok lauk lain dah. 


Che kak memang malas nak gi bazar ramadhan. Bukan anti bazar tapi penyakit malas tu hah susah nak hilang🤪.


Lebih suka beli dengan kawan-kawan yang open order.


Che kak perhati je kalau korang suka post masak sendiri di medsoc mesti tambah ayat "baik masak sendiri". "Wat apa beli, membazir je". "Wat apa beli nasi arab chef mahal-mahal, baik masak sendiri". 


Ye betul tu lebih baik masak sendiri. Lebih terjamin sedap ikut tekak kita dan jimat berbelanja.


Tapi, kita kena hormat setiap pendirian orang lain. Ada orang nak sangat masak tapi tak berkesempatan nak masak. Sibuk dengan kerja atau ada yang terpaksa berbuka dalam kereta. Atau apa sahaja la yang menghalang untuk masak sendiri.  Terpaksa juga beli juadah yang dah siap. 


Ada juga makanan yang tak berbaloi nak masak. Renyah dan makan modal, namun makannya sikit aje. 


Ada orang nak rasa masakan air tangan orang tertentu. Walaupun menu sama, namun ianya tetap berbeza dari segi rasa dan eksklusif. 


 Kalau rasa mahal, jangan beli, buat sendiri. Sebab mahal atau murah adalah subjektif. Bergantung pada duit yang  kita ada sebenarnya.


Kadang-kadang orang beli sebab nak support peniaga. Mungkin ada di kalangan kawan-kawan atau saudara yang berniaga untuk kelangsungan hidup.


Buat peniaga, berniagalah seikhlas hati, masaklah macam nak bagi tekak kita tu makan. Jaga kebersihan dan kesucian dari segi penyediaan makanan. Barulah ada keberkatan. 

14 April 2022

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com