HARI TERAKHIR KONVENSYEN SUKARELAWAN JKM MELAKA - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: HARI TERAKHIR KONVENSYEN SUKARELAWAN JKM MELAKA

Friday, July 29, 2022

HARI TERAKHIR KONVENSYEN SUKARELAWAN JKM MELAKA

 Last last last dah ni kisah program di Melaka.😆 Esok kiter citer lain pula. 


Masing-masing dah tak sabar nak balik. Frust juga la sebab jadual asal untuk majlis penutup waktu tengahari tapi ditunda jam 2.30 petang. 


Kalau ikutkan rasa nak chow terus🤪 tapi kita bawa 'artis' wei. 😁 Kang pengacara majlis panggil nama sukarelawan cemerlang naik pentas, eh eh mananya?? Haaa jenuh kau nak kena buat Surat Tunjuk Sebab😅.




Lunch pun dah tak berapa nak selera sangat. 


Eh bukan bermaksud che kak tak bersyukur dengan rezeki. Che kak makan je, sedap tak sedap belakang kira. Bak kata orang, nok ko suasano jah😆. 


Nampak kolam hotel pun mampu tengok je la. Nak ambil gambar dari balkoni tingkat 3A  pun gayat giler. 🤢




Sementara menanti majlis penutup, che kak solat kat surau hotel kat tingkat 1. Check out pukul 1, tak sempat nak solat dalam bilik hotel dulu. Solat pun nak bagitau kat orang juga ke che kak oi🙄.


Haaa ni ada citer seram sikit🤪. Sebab tu citer pasal solat. Selepas solat, masuk dalam lif sorang-sorang. Ye la setakat dari tingkat 1 ke G , apa la sangat😏.


Sekali tak perasan button G, tertekan button 6, haaa ambik engkau😅. Ya Allah, perasaan tu rasa macam naik tingkat 60 weiii. Lambat giler dia nak turun ke ground floor.


Masa tu mula la terbayang hantu duk belakang la, duk tunggu kat pintu lif la, macam-macam la duk terbayang-bayang. Rasa macam nak pecah jantung.  Bila dah selamat mendarat, fuh lega. Tak mau dah tengok citer hantu  hotel lepas ni😌.


Selepas puas bergambar untuk kenang kenangan, apa lagi balik la. 



Lebih kurang pukul 6.15 petang, kitorang singgah kat Masjid Tengku Ampuan Afzan, Muadzam Shah. Masya Allah, sejuk mata memandang masjid ni. Sangat bersih dan selesa. Siap ada air kopi, coklat. Harga pun seringgit je. 





Sewajarnya semua jawatankuasa perlu menitik beratkan kebersihan dan keselesaan masjid. Kalau dalam tabung masjid banyak sumbangan, gunakanlah untuk keceriaan dan kebersihan masjid terutama tandas. Naiktaraf tandas masjid. 


Lapar la pulak. Fuyyooo rezeki beb. Ada kawan cikgu Yuganu, katanya taukey  supermarket belanja kitorang makan kfc.


Eh eh order kfc  tekan tekan kat mesin je. Laju giler staf JKM Pasir Mas tekan menu kat mesin tu haa. Nama apa dah? Lupa la pulak. Haaa fizi kot. Pandai buat lawak juga budak ni. 





Che kak order nasi🤪. Lapar nasi wakk. Nasib baik ada nasi. Kami 4 orang wanita, makan makan makan sampai licin. Makan sambil berbual tak kenyang wakkk😏. 




Tapi tu lahhh dapat yang isi. Kalau isi tak berapa suka sangat. Ku jeling-jeling paha ayam Ratna Mahsuri. Sanggup dia bagi kat che kak. Ya Allah nak cari mana kawan macam ni. Sanggup korbankan paha ayam😆.


Erk alhamdulilah semoga murah rezeki tauke belanja kitorang.


Time solat, berhenti kat rnr lupa dah nama. Ajil kot. Entah lupa la pula namanya. Masa che kak turun dari kereta, ya rabbiii nampak macam rambut kat celah pokok🤔😬. Kuat betul imaginasi si penakut.


Mata dah semakin mengantuk. Konon masih control ayu pejam mata gitu je. Haaa sudahnya, tak de dah kau nak control jelita. Apa yang terjadi waktu kitorang lena dibuai mimpi hanya driver je yang tahu🤪. 


Alhamdulillah, selamat sampai rumah. Call suami dan anak-anak tak dapat dapat. Line tak masuk langsung. Ni yang rasa macam nak hantar surat kat menteri suruh upgrade line telefon. 


Tapi tu lah, masing-masing bagitau tak leh nak cuti sebab kerja dah menanti.


Alhamdulillah seronok dapat kenal diorang semua. Semua sporting dan baik belaka. Kak Ton dan anaknya pun sangat baik dan peramah. Pejo memang sesuai jadi orang hq. 2 orang Staf Pasir Mas comel-comel orangnya. Segan pula nak tanya dah kahwin ke belum. 


Sukarelawan Pasir Puteh, Ajimin dan cikgu Yuganu, harap dapat terima che kak sebagai penyelaras baru diorang. Maklum la che kak ni penyegan sikit. Eh bukan sikit, memang banyak segannya. 😬


Oh Ratna, Kau Ratnaku 😍. Terima kasih sudi temanku.


Grup wasap konvensyen Melaka , cikgu Yuganu dah tukar nama lain. Ingatkan nak bubar je tapi macam tak boleh je😆. 


Dah abes. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca dengan sabar. 


Bila tulis untuk fesbuk kan main idea laju. Tapi bila nak buat laporan kes, eh eh tiba-tiba jadi bodoh je😬😆. 


#KonvensyenSukarelawanMelaka2022

#BayouLagoonParkResortMelaka

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com