KE MANA HALA TUJU PELAJAR CEMERLANG STRAIGHT A SPM? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KE MANA HALA TUJU PELAJAR CEMERLANG STRAIGHT A SPM?

Sunday, July 10, 2022

KE MANA HALA TUJU PELAJAR CEMERLANG STRAIGHT A SPM?

 Asal ada pelajar straight A mesti mentaliti makcik-makcik, budak mesti kena sambung belajar dalam bidang pengajian hard core. Terutama dalam bidang kejuruteraan dan kedoktoran. 


Kalau sambung belajar bidang tak glemer, terus cop "rugi masa depan, rugi belajar, rugi result gempak".


Udah udah la tu nak tentukan masa depan anak-anak. Mereka yang nak hadap belajar. Biarlah diorang belajar apa yang dia minat. Belajar dengan paksaan ni, takut tak ke mana nanti.

Bukannya semua pelajar diberi otak genius.


Che kak percaya, budak-budak sekarang ni dah usaha cari maklumat tentang bidang pengajian yang mereka minat.


Asalkan kita bagi doa yang baik-baik je kepada mereka. Semoga ilmu yang mereka yang belajar nanti, membawa manfaat pada diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.


Bab rezeki dalam pekerjaan tu, kita tak tahu lagi. Buat masa ni, biarlah depa cari ilmu dan kenal dunia dulu. Masih jauh lagi perjalanan hidup mereka.


Korang pun mesti ada cita-cita lepas belajar dulu, kan.


Che kak rasa nak share juga la kisah che kak. Walaupun tak dapat straight A dalam SPM tahun 1997, namun dapat pangkat 1 dengan Aggregate 8 membuatkan hati che kak dah berbunga-bunga. 


Apatah lagi dapat A1 dalam paper Pendidikan Quran Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiyah dan Bahasa Arab Tinggi membuatkan che kak bertambah semangat nak sambung belajar di Nilam Puri dan Jordan. Paling koman pun KUSZA. 


Namun, semua yang che kak isi dalam borang UPU ,satu pun tak dapat tawaran. ๐Ÿ˜… 


 Walaupun begitu, che kak tetap bersyukur dapat juga sambung belajar di UPM dalam Diploma Pembangunan Manusia. Apa kebenda la nak bangunkan manusia๐Ÿ˜…. 


Tak sabar dan nak sangat jadi student U, dan tak nak ambil STU (kini STAM), maka che kak pergi juga la belajar di UPM. Subjek manusia pun manusia la๐Ÿ˜†. Janji jadi 'student U'๐Ÿคญ.


Dari Sibu Sarawak berdua dengan ayah, tumpang tido di quarters kawan ayah sebelum lapor diri di UPM. Nasib baik la dapat hadiah dari Yayasan Sarawak sebanyak RM500. Dapat la wat belanja tiket kapal terbang. 


Semester pertama che kak hanya dapat pointer 1.7 je. Che kak tak mampu nak belajar subjek ala-ala sains tulen. Dalam kemalasan selama 2 tahun setengah, akhirnya grad juga. ๐Ÿ˜†


Cita-cita dan impian paling koman pun Kapten  KAGAT terkubur begitu sahaja. 


Rupanya banyak hikmah yang Allah dah atur perjalanan hidup kita.


Kenapa minat KAGAT? Nanti la che kak cerita semula.

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com