Throwback
Ada seorang pakcik datang jumpa che kak. Dia minta maaf sebab terlanggar kete che kak masa tengah undur. Katanya ada calar dan cat tertanggal.
Bersungguh-sungguh dia minta maaf. Che kak tahu pakcik ni bukan sebarang pakcik. Pakcik ni tinggi adab.
Walhal kalau dia tak bagitau pun, che kak tak tahu pun apa jadi kat kete che kak tu. Bak kata tok laki che kak, "tahu pulah keto jah".🤭
Oleh sebab ada kesungguhan untuk mohon maaf, maka seikhlas hati che kak maafkan. Ganti rugi pun che kak tak minta.
Cerita hari ini, crv DAP 🎃2, langgar cermin kete , eh eh tak de pun dia nak berhentikan kereta untuk minta maaf.
Takpolah dik. Kak doakan semoga adik diberi petunjuk dan hidayah perkataan MAAF tu apa.
#🌍inibulat
23 April 2022
No comments:
Post a Comment