MAJLIS SAMBUTAN HIJRATUL RASUL PERINGKAT NEGERI KELANTAN 1444H - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: MAJLIS SAMBUTAN HIJRATUL RASUL PERINGKAT NEGERI KELANTAN 1444H

Saturday, July 30, 2022

MAJLIS SAMBUTAN HIJRATUL RASUL PERINGKAT NEGERI KELANTAN 1444H

 Alhamdulillah

Kenangan yang mahal


Ya Allah teruja betul apabila anakanda Abang Aiman menerima Anugerah Pelajar Terbaik Yayasan Islam Kelantan Kategori SMU (A) Bantuan YIK sempena Majlis  Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1444H.








Tak tahu la nak tulis apa. Tulis lebih-lebih takut jatuh riak. Tapi macam biasa la kalau tak tulis, rasa tak lengkap di muka buku che kak.


Che kak hanya tumpang rezeki anakanda. Rezeki seorang ibu yang menahan sakit selama 14 jam demi melahirkan seketul Abang Aiman.





Segala usaha penat lelah Abang Aiman mengejar ilmu dan kejayaan telah Allah balas. 


Bukan sedikit usahanya untuk capai kejayaan dalam pelajaran. Banyak yang dia korbankan. Paling utama pengorbannnya ialah melepaskan peluang belajar di Sek Men Sains di Pengkalan Chepa selepas upsr tahun dulu. Hancur hati dia dulu. Tapi sebab 'anak baik' dia redha dan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dengan cemerlang.


Terharu sangat walaupun Abang Aiman hanya sekolah kampung je. Sekolah YIK yang langsung tak glemer dan bukan pilihan pelajar yang berdayasaing.


Alhamdulillah berkat jasa guru-guru Sek Men Ugama Arab Taqaddumil Ilmi , Ketereh tak putus-putus sentiasa memberi tunjuk ajar dan menyayangi Abang Aiman.


Ingatlah abang Aiman. Ini hanyalah titik permulaan. Masih jauh lagi perjalanan hidup kita. Semoga kejayaan cemerlang dunia akhirat sentiasa mengiringi abang Aiman dan adik-adik.



No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com